Monday, March 7, 2011

Mentor 5 Dah Bermula

Mentor 5 telah bermula pada 6 Mac 2011 dan akan bersiaran setiap hari ahad pukul 9 malam di TV3. Mesti semua sudah maklum program realiti ini berbentuk nyanyian dimana kesemua peserta mempunyai mentor sendiri dikalangan selebriti terkenal di Malaysia.

Saya sebagai salah seorang peminat Mentor 1 hingga 4, mestilah akan menantikan Mentor 5 ni. Yelah, kita semua dah maklum kan program Mentor la yang banyak sekali juara dari Sabah ni. Sejarah dah membuktikan Pija (Juara Mentor 1) dan Fiq (Juara Mentor 2) orang Sabah memang berbakat dalam nyanyian ni. hehe..Program realiti lain pun ada jugak peserta Sabah menang macam Stacy (Juara Akademi Fantasia musim 6).

Sekali lagi untuk Mentor 5 ni menampilkan 2 peserta Sabah dengan protege yang memang dah terkenal iaitu Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Sape yang tak kenal dengan Afdlin Shauki kan pengarah terbaik untuk filem Papadom dan Erra Fazira bekas Miss Malaysia dan ex-Yusri..huhu..(sempat mengumpat).

Jadi harapan saya kali ini, agar antara dua peserta ni, salah seorang akan jadi juara bagi Mentor musim 5. Kepada peminat rancangan Mentor 5, jangan lupa untuk mengundi peserta dari Sabah ya.

Kat sini saya sertakan sedikit info tentang Mentor dan Protege masing-masing k.


Ratnah dan Afdlin Shauki
Mentor: Afdlin Shauki
- Terkenal sebagai seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan pengarah filem.
- Pernah memenangi Pengarah Terbaik untuk filem Papadom.
- Juri tetap untuk program realiti Raja Lawak musim 4 & 5.

 Protege: Ratnah Bt Awal (Ratnah)
- Berasal dari Sabah.

Erra Fazira dan Salma
Mentor: Erra Fazira
- Seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan duta produk.
- Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Protege: Salmah Bt. A.Asis (Salmah)
-Berasal dari Tawau, Sabah.


Edry dan Iqa
Mentor: Edry Abdul Halim
- Salah seorang anggota KRU.
- Penyani, komposer dan ahli perniagaan.
- Kini bergelar pengarah dan pernah memenangi Filem Terbaik untuk filem arahannya Magika.

Protege: Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor (Iqa)


Ayish dan Noh Hujan
Mentor: Noh Hujan
- Berasal dari Sarawak.
- Gemar menghasilkan lagu sendiri.
- Kumpulannya terkenal dengan lagu yang berbentuk indie sesuai dengan konsep muzik masa kini.
- Antara lagu popular, Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap.

Protege: Muhammad Farish Bin Mohammed Razali (Ayish)


Shiha dan Datuk Sharifah Aini
Mentor: Datuk Sharifah Aini aka. Kak Pah
- Seorang seniwati yang sudah berpuluh tahun menceburi bidang nyanyian.
- Antara lagu yang tidak ditelan zaman adalah "Seiring-Sejalan:.

Protege: Nurshiha Bt Mohd Zikir (Shiha)

Rahim Maarof dan Aiman
Mentor: Rahim Maarof
- Seorang Rocker yang sezaman dengan Amy Search dan Awie.
- Antara lagu popular beliau, Cinta Kristal (sekarang dah jadi OST Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan Istana Menanti.

Protege: Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh (Aiman)

Jadi, sekarang setkan kat kalendar anda untuk menonton program Mentor 5. Jangan lupa undi peserta dari Sabah k. Buli Ba Kalau Kau..hehe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...