Saturday, March 12, 2011

Mari Kira Bajet Pengembaraan Pulau Pinang.Jommm

     Salam semua. Kali ni saya nak post perbelanjaan saya dan husband semasa kami melawati Pulau Pinang dan Melaka. Sekiranya kita pandai dalam membuat perancangan, kos kita nak melawat negeri orang ni takdelah mahal sangat yer..

1. Tiket penerbangan
Kami menaiki penerbangan Firefly dari Kota Kinabalu ke KLIA. Untuk makluman semua, ketika membuat pembelian tiket tu, Firefly membuat promosi yang sangatttt murah tau. Tiket untuk seorang dari Kota Kinabalu ke KLIA hanya RM28.( Promosi untuk Kota Kinabalu ke Pulau Pinang belum ada lagi) Jadi, untuk kami berdua hanya RM56. Murah kan. hehe.

Pada 12 Februari 2011 (Sabtu), kami pergi ke KKIA( Kota Kinabalu International Airport) dan menaiki penerbangan Firefly jam 4.00 petang.  Tiba di KLIA jam 6.30 petang. Sampai di KLIA, kami menaiki bas yang terdapat di KLIA menuju ke LCCT (Low Cost Carrier Terminal) Air Asia. Tambang bas hanya RM2.50 seorang.

Hah, Air Asia juga buat promosi yer. dari LCCT ke Aiport Penang hanya RM26 seorang. Makan di Marry Brown LCCT. Naik flight jam 10.00 malam. Tiba di Airport Penang lebih kurang 11 malam, kami boleh menaiki teksi ataupun bas.Memandangkan hari pun nak dekat tengah malam. Kami memilih untuk menaiki teksi untuk sampai ke George Town. Tambang teksi RM45( tak boleh kurang sebab dah fixed price) boleh dibeli dikaunter teksi dan kita akan diberikan kupon.


Depan Tune Hotel Penang
 2. Penginapan Tune Hotel Penang
Naik teksi dari Airport Penang ke George Town lebih kurang setengah jam. Kami memilih untuk tinggal di Tune Hotel memandangkan penginapan yang menawarkan harga yang berpatutan. Faktor lain, sebab tu jer yang senang nak tempah. Boleh book dan bayar online. hehehe.. Harga semasa beli online kat website Tunehotel.com RM90.







Bas Rapid Penang
 3. Pengangkutan Di Georgetown
Yang ni paling best kalau melancong kat Pulau Pinang. Sebab apa, ianya PERCUMA.wohohoho.( Tabik spring CM Penang) Thank You. Kita hanya perlu menaiki bas Rapid Penang yang bertulis CAT (Central Area Transit). Bas ni hanya mengelilingi George Town sahaja yer. So, memang tak sesat punya. Kalau nak pergi ke Bukit Bendera (Penang Hill) atau tempat yang agak jauh dari George Town, Kenalah menaiki bas Rapid Penang yang lain yer. Tapi, harga still murah. Masa kami pegi ke Bukit Bendera hanya RM2 seorang untuk sehala perjalanan.




Beca Pulau Pinang
4. Beca
Bagi pelancong macam kami, mesti akan mencuba untuk menaiki BECA. Pertama kali plak tengok beca kat dalam bandar ni. Ada bunga-bunga lagi beca diorang. Ok, yang ni harga kena tawar dengan tuan punya beca tu ahh. Harga bergantung kepada jarak perjalanan dan skil tawar menawar kita yer. Macam husband saya, memang hebat skil tawar menawar ni. Dari Muzium Penang ke Prangin Mall hanya RM5. Mula-mula tuan punya beca tu minta RM10.. Diskaun 50% peratus tu. hehee





Depan Feri
 5.Feri Penang
Yang ni pun best. Untuk pengetahuan semua, Tidak ada apa-apa caj dikenakan (Percuma lagi tau.hehe) bagi sesiapa yang dari jeti Pulau Pinang untuk menyeberangi laut menuju ke jeti Butterworth.. Best kan. Tetapi, sekiranya kita dari jeti Butterwoth, kita akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.20 seorang. Still murah lagi kan. Feri pun banyak. Masa menunggu untuk feri tiba pun sekejap jer. Selang 15 minit, feri akan bergerak.






Nasi Kandar

6. Makan & Minum
Bab makan dan minum, itu sangat subjektif yer. Kalau kita kuat makan memang tinggi ler kos nyer yer. Untuk kami berdua sahaja, dalam RM50 kami dah boleh mencuba pelbagai makanan Pulau Pinang seperti Pasembur, Laksa Penang, Ais Kacang, Nasi Kandar, Tandoori Ayam dan macam-macam lagi.



Kos Untuk Berdua                                                               RM
1. Tiket penerbangan - Firefly ( KKIA - KLIA)                      56.00
                                 - Air Asia  ( LCCT - Penang Airport )    52.00
2. Bas KLIA - LCCT                                                               5.00
3. Teksi Penang Airport - GeorgeTown                                 45.00 
4. Penginapan ( Tune H otel )                                              90.00
5. Rapid Penang (CAT)                                                       Percuma
6. Beca                                                                               5.00
7. Feri                                                                                  2.40
8. Makan minum                                                                   50.00
9. Belanja lain ( tiket muzium, Fort Cornwallis dll )                 20.00
                                                          Jumlah keseluruhan    325.40 

Ini adalah jumlah keseluruhan untuk melancong di Pulau Pinang untuk 2 orang.Murah kan.hehehe...

Post seterusnya dari Pulau Pinang ke Melaka. Tunggu...

Masjid Kapitan Keling

China Town Penang
Ais Kacang Penang

Depan Kedai Nasi Kandar Beratur






No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...