Thursday, March 31, 2011

Persatuan Bisaya Bersatu Sabah Kini Mempunyai Blog

Pada tarikh 23 Mac 2011, Persatuan Bisaya Bersatu Sabah telah membina blognya sendiri. Ianya bertujuan sebagai salah satu alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama sekali kaum Bisaya.

Logo Persatuan Bisaya Sabah
Ini satu perkembangan yang amat baik kerana dengan wujudnya blog persatuan Bisaya, kaum Bisaya dapat mengetahui segala perkembangan dan isu semasa yang melibatkan aktiviti dan pengumuman daripada persatuan.

Jadi, kepada warga Bisaya di seluruh Sabah terutama sekali di daerah Beaufort, sokonglah blog Persatuan Bisaya Bersatu Sabah. Selalulah mengunjungi blog persatuan untuk mendapatkan maklumat terkini.

Blog persatuan Bisaya boleh dikunjungi melalui link ini. http://bersatubisaya.blogspot.com/.

Sekiranya ingin bersembang melalui facebook, boleh menaip perkataan "Persatuan Bisaya Bersatu Sabah" dalam carian facebook.


Tuesday, March 29, 2011

cutisabah.blogspot.com ranking no 1 dalam carian Google

Salam semua. Tidak ku sangka blog yang baru nak masuk 2 bulan kini dah menjadi ranking no 1 dalam carian google. Horayyy.. Sangat membanggakan dan ini akan terus menjadi pembakar semangat buat diriku untuk terus menulis artikel yang berkualiti.

Dalam carian google, taipkan "pasar putatan kota kinabalu" ataupun "shopping percutian malaysia", hasilnya akan meletakkan cutisabah.blogspot.com pada ranking pertama. hehe. Saya harap ranking ini akan berkekalan lama. (Amin...)

Terima kasih kepada semua pembaca yang tidak pernah jemu mengunjungi cutisabah.blogspot.com. Saya akan terus menulis artikel berkaitan tempat-tempat yang saya kunjungi di sekitar Sabah mahupun di negeri-negeri lain.

Kepada semua, sila-silalah selalu mengunjungi cutisabah.blogspot.com ya.. TQ from the bottom of my heart =)



cutisabah.blogspot pada senarai pertama dalam carian google
 

cutisabah.blogspot.com sekali lagi menduduki tempat pertama dalam carian google
 

Sunday, March 20, 2011

Apa Khabar Melaka...

Salam kepada semua pembaca. Kali ni nak sambung perjalanan saya dan husband pegi Melaka.


Bas Transnasional
 1. Trip dari Pulau Pinang ke Melaka
Saya dan husband menaiki bas dari Pulau Pinang ke Melaka dengan menaiki bas. Harga tiket untuk seorang bagi sehala perjalanan RM45. Untuk kami berdua jumlah RM90. Kami menaiki bas pada sebelah malam. Jam 11 malam bertolak dan tiba di Melaka Sentral jam 9 pagi. Safe bajet hotel untuk satu malam.hehe.
Dari Melaka Sentral, kami menaiki bas untuk sampai ke bandar Melaka. Tambang bas hanya RM1 seorang. Tak payah nak naik teksi.hehe. Kami turun di Dataran Pahlawan Melaka dan berjalan kaki menuju ke Hotel. 



Menginap di Time Hotel Melaka

 2. Penginapan di Melaka
Kami menginap di Time Hotel Melaka. Harga RM70 untuk satu malam. Hotel ini terletak 500 meter dari Dataran Pahlawan, Melaka. Jalan kaki dalam 15 minit dah sampai. Hampir semua tempat bersejarah tidak jauh dari bandar Melaka. Jadi, tidak perlu risau jika ingin melawat tempat-tempat bersejarah. Boleh berjalan kaki. Pastikan membawa air mineral sekiranya memilih untuk berjalan kaki sebab memang penat.hehe




Depan A Famosa
 3. Kota Lama (A Famosa)
Tinggalan kubu yang dibina oleh Portugis pada kurun ke-16. Bayangkan tu, sekarang dah 2011 masih lagi teguh lagi kubu ni.  Memang sangat menarik kubu ni. Meriam lama turut dipamerkan. Tidak ada caj bayaran dikenakan untuk masuk atau mengambil gambar di sekitar Kota Lama ni yer..FREE..




Depan Replika Kesultanan
Melayu Melaka
 4. Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
Bayaran tiket masuk sebanyak RM2 seorang. Kita dibenarkan mengambil gambar di dalam istana ni. Jangan tertipu yer, sebab ini sebenarnya hanyalah replika istana. Ianya mengikut rupa sebenar istana masa zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka pada 1456 hingga 1477. Istana sebenar telah lama terbakar semasa zaman penjajahan dahulu. Kat dalam istana ni ada banyak artifak, pakaian tradisional dan kamar diraja. Terasa macam berada di zaman Melayu Melaka dulu plak masa berada dalam istana ni.hehe


 
Kat belakang Replika patung sultan dan para pembesar
zaman Melayu Melaka

Kat depan St.Paul Church
 5. St. Paul Churh
Berada diatas bukit dan memerlukan tenaga kaki yang agak kuat yer. Memang penat mendaki menggunakan tangga ni.hehe. Maklum jarang bersenam. Ada lebih kurang 110 anak tangga kena daki sebelum sampai. Kat church ni hanya tinggal saki baki akibat kena serangan zaman dahulu. Even, church ni takde bumbung. Jadi, nasihat awal kalau hujan jangan ler memandai nak pegi tempat ni yer. Confirm basah punya.hehe 




Menara Taming Sari

6. Menara Taming Sari
Menara ni memang sangat menarik. Ianya mempunyai ketinggian 100 meter dan kita boleh nampak Bandar Hilir Melaka dalam lingkungan radius 5 kilometer.Waktu terbaik untuk naik adalah sebelah malam sebab boleh nampak kilauan lampu yang dipasang sekitar bandar Melaka. Pemandangan memang cantik. Harga tiket untuk seorang RM10 bagi pemegang MYKad. Kalau tak bawa MYKad kena caj harga orang asing.





View Bandar Melaka dari dalam Menara Taming Sari

Dalam Menara Taming Sari

Replika Kapal Flor De Mar
 7. Muzium Samudera @ Replika Kapal Flor De Mar
Bayaran masuk RM3 seorang. Kapal ni memang besar walaupun hanya replika. Ianya dibina berdasarkan kapal potugis dengan ukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. (Besar tu..fuyohhh). Pertama kali naik memang best sangat. Yalah, tak pernah naik kapal zaman dahulu kala biarpun hanya replika. Dalam kapal ni memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Banyak artifak, gambar dan model yang dipamerkan. Paling penting sekali, walaupun muzium, kita dibenarkan untuk mengambil gambar secara PERCUMA kat dalam. Tu yang best kat muzium Melaka. oleh ambil gambar. Kalau kat Sabah jangan harap boleh ambil gambar yer.hehe 


Depan Kincir Air Melaka
 8. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
Agak besar jugak kincir air ni. Diameter sahaja 13.2 meter dan merupakan kincir air pertama dan terbesar di Malaysia. Yang tak best plak, kincir air ni tak berfungsi. Jadi tak dapat ler nampak macamana  berfungsi. Apapun, ambil gambar depan kincir air ni WAJIB.hehehe.





Depan Rumah Merah Melaka
 9. Rumah Merah Melaka
Bangunan ni dipanggil rumah merah sebab semua dinding bangunan ni warna merah (mungkin ler kot.hehe). Ni kesan penjajahan Portugis ler warna merah tu. Pertama kali tengok macam balai bomba pun ada. hehe.







Beca Melaka
 10. Beca Melaka
Yang ni memang tak best. Sebab apa, harga nak naik beca memang mahal. Bayangkan perjalanan tak sampai 100 meter pun kena caj RM10. Memang mahal berbanding beca di Pulau Pinang. Nak tawar-menawar pun susah. Memang target penarik beca untuk orang luar negara. Nak income lebih kan. Takpe lah k. Kalau dah murah baru kami nak naik beca. Contohilah cara penarik beca di Pulau Pinang letak harga k.






Kat belakang Dataran
Pahlawan Melaka
 11. Mahkota Parade Melaka & Dataran Pahlawan Melaka
Ini antara shopping mall yang wujud di Melaka. Memang besar shopping mall ni. Pelbagai barangan dijual kat dalam. Jadi cepat-cepat pegi cucuk kad kat mesin ATM. Shopping time.hehe. Mahkota Parade Mall dan Dataran Pahlawan Melaka ni bersebelahan jalan raya jer. Jadi, jalan kaki jer untuk pegi kedua-dua tempat ni. Kalau nak tengok saiz, boleh lawan jugak dengan One Borneo Hypermall kat Sabah k. Tapi, masing-masing ada konsep yang tersendiri.







12. Dari Melaka Ke KLIA.
Memandangkan kami hanya semalam jer kat Melaka. Keesokkannya kami menaiki bas dari Melaka ke KLIA. Nak beli tiket pun mudah. Tak perlu pegi ke Melaka Sentral untuk membeli dan menunggu bas. Ada kaunter tiket bas dijual didalam bangunan Melaka Medical Centre (MMC). MMC ni terletak dibelakang Mahkota Parade Melaka jer. Jadi, senang ler nak membeli tiket bas. Harga tiket seorang dari Melaka ke KLIA hanya RM22 seorang. Bas ni hanya berhenti di LCCT dan KLIA. Bas bertolak pukul 2 petang dan tiba di KLIA pukul 4.30 petang. Flight kami pukul 7 malam. Sempat jugakla nak shopping skit kat kedai ERAMAN dalam KLIA tu. Ni kira tempat wajib orang Sabah nak shopping. Sebab utama, roti Gardenia dijual pada harga yang murah.hehehe. Sabah mahal betull. 
Pukul 7 Malam, kami naik Firely dan tiba di KKIA pukul 10 malam. Harga tiket (promosi yer) hanya RM28 seorang. Jumlah untuk kami berdua RM56. Lebih murah dari tambang bas dari KK ke Tawau kan.hehehe.

Jadi, sampai disini cerita saya untuk pengembaraan di Melaka. Perancangan seterusnya adalah mendaki gunung Kinabalu pada bulan April 2011 dan ke Kuching, Sarawak bulan Julai 2011. Tunggu post yang seterusnya yer. hehe 


Saturday, March 12, 2011

Mari Kira Bajet Pengembaraan Pulau Pinang.Jommm

     Salam semua. Kali ni saya nak post perbelanjaan saya dan husband semasa kami melawati Pulau Pinang dan Melaka. Sekiranya kita pandai dalam membuat perancangan, kos kita nak melawat negeri orang ni takdelah mahal sangat yer..

1. Tiket penerbangan
Kami menaiki penerbangan Firefly dari Kota Kinabalu ke KLIA. Untuk makluman semua, ketika membuat pembelian tiket tu, Firefly membuat promosi yang sangatttt murah tau. Tiket untuk seorang dari Kota Kinabalu ke KLIA hanya RM28.( Promosi untuk Kota Kinabalu ke Pulau Pinang belum ada lagi) Jadi, untuk kami berdua hanya RM56. Murah kan. hehe.

Pada 12 Februari 2011 (Sabtu), kami pergi ke KKIA( Kota Kinabalu International Airport) dan menaiki penerbangan Firefly jam 4.00 petang.  Tiba di KLIA jam 6.30 petang. Sampai di KLIA, kami menaiki bas yang terdapat di KLIA menuju ke LCCT (Low Cost Carrier Terminal) Air Asia. Tambang bas hanya RM2.50 seorang.

Hah, Air Asia juga buat promosi yer. dari LCCT ke Aiport Penang hanya RM26 seorang. Makan di Marry Brown LCCT. Naik flight jam 10.00 malam. Tiba di Airport Penang lebih kurang 11 malam, kami boleh menaiki teksi ataupun bas.Memandangkan hari pun nak dekat tengah malam. Kami memilih untuk menaiki teksi untuk sampai ke George Town. Tambang teksi RM45( tak boleh kurang sebab dah fixed price) boleh dibeli dikaunter teksi dan kita akan diberikan kupon.


Depan Tune Hotel Penang
 2. Penginapan Tune Hotel Penang
Naik teksi dari Airport Penang ke George Town lebih kurang setengah jam. Kami memilih untuk tinggal di Tune Hotel memandangkan penginapan yang menawarkan harga yang berpatutan. Faktor lain, sebab tu jer yang senang nak tempah. Boleh book dan bayar online. hehehe.. Harga semasa beli online kat website Tunehotel.com RM90.







Bas Rapid Penang
 3. Pengangkutan Di Georgetown
Yang ni paling best kalau melancong kat Pulau Pinang. Sebab apa, ianya PERCUMA.wohohoho.( Tabik spring CM Penang) Thank You. Kita hanya perlu menaiki bas Rapid Penang yang bertulis CAT (Central Area Transit). Bas ni hanya mengelilingi George Town sahaja yer. So, memang tak sesat punya. Kalau nak pergi ke Bukit Bendera (Penang Hill) atau tempat yang agak jauh dari George Town, Kenalah menaiki bas Rapid Penang yang lain yer. Tapi, harga still murah. Masa kami pegi ke Bukit Bendera hanya RM2 seorang untuk sehala perjalanan.




Beca Pulau Pinang
4. Beca
Bagi pelancong macam kami, mesti akan mencuba untuk menaiki BECA. Pertama kali plak tengok beca kat dalam bandar ni. Ada bunga-bunga lagi beca diorang. Ok, yang ni harga kena tawar dengan tuan punya beca tu ahh. Harga bergantung kepada jarak perjalanan dan skil tawar menawar kita yer. Macam husband saya, memang hebat skil tawar menawar ni. Dari Muzium Penang ke Prangin Mall hanya RM5. Mula-mula tuan punya beca tu minta RM10.. Diskaun 50% peratus tu. hehee





Depan Feri
 5.Feri Penang
Yang ni pun best. Untuk pengetahuan semua, Tidak ada apa-apa caj dikenakan (Percuma lagi tau.hehe) bagi sesiapa yang dari jeti Pulau Pinang untuk menyeberangi laut menuju ke jeti Butterworth.. Best kan. Tetapi, sekiranya kita dari jeti Butterwoth, kita akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.20 seorang. Still murah lagi kan. Feri pun banyak. Masa menunggu untuk feri tiba pun sekejap jer. Selang 15 minit, feri akan bergerak.






Nasi Kandar

6. Makan & Minum
Bab makan dan minum, itu sangat subjektif yer. Kalau kita kuat makan memang tinggi ler kos nyer yer. Untuk kami berdua sahaja, dalam RM50 kami dah boleh mencuba pelbagai makanan Pulau Pinang seperti Pasembur, Laksa Penang, Ais Kacang, Nasi Kandar, Tandoori Ayam dan macam-macam lagi.



Kos Untuk Berdua                                                               RM
1. Tiket penerbangan - Firefly ( KKIA - KLIA)                      56.00
                                 - Air Asia  ( LCCT - Penang Airport )    52.00
2. Bas KLIA - LCCT                                                               5.00
3. Teksi Penang Airport - GeorgeTown                                 45.00 
4. Penginapan ( Tune H otel )                                              90.00
5. Rapid Penang (CAT)                                                       Percuma
6. Beca                                                                               5.00
7. Feri                                                                                  2.40
8. Makan minum                                                                   50.00
9. Belanja lain ( tiket muzium, Fort Cornwallis dll )                 20.00
                                                          Jumlah keseluruhan    325.40 

Ini adalah jumlah keseluruhan untuk melancong di Pulau Pinang untuk 2 orang.Murah kan.hehehe...

Post seterusnya dari Pulau Pinang ke Melaka. Tunggu...

Masjid Kapitan Keling

China Town Penang
Ais Kacang Penang

Depan Kedai Nasi Kandar Beratur






Genting Highland Tempat Percutianku..

     Genting Highland telah di asaskan oleh billionaire Malaysia iaitu Tan Sri Lim Goh Tong.Wow!! hebat kan..Genting Highland salah satu tempat pusat peranginan yang yang popular di Malaysia. Sebut jak Genting Highland, mesti teringatkan taman tema dan kasino kan.


Bas menuju ke Genting
      kalau nak ke puncak Genting kita ada 2 pilihan untuk ke sana. Pertama, kita boleh memilih untuk menaiki bas Genting dan kedua kita boleh menaiki SKYWAY. Stesen bas ke Genting Highland boleh dijumpai di KL Sentral dan perjalanan mengambil masa selama 1 lebih. Dalam bas tu boleh lah tidur ker,mengelamun ker,haha gurau jak. Disyorkan nanti anda menaiki SKYWAY  disebabkan kita boleh melihat persekitaran tumbuhan hijau yang sangat cantik.

Skyway kat belakang. hehe
 Di Genting ni, memang ramai orang. Time cuti  atau hari biasa, pengunjung sentiasa mengunjungi tempat ni. Kat Genting ni kita boleh memilih hotel untuk menginap. Salah satu hotel kat Genting ni ialah First World Hotel. Hotel ni sangat besar dan berdekatan dengan shopping complex. Turun jak dari hotel kita akan jumpa shopping complex. Tulah yang best tu.hehe. Kita tak payah lagi jalan jauh kan..Betul tak.hehe.


View dari dalam Sky Way..
Niat utama saya mengunjungi Genting sudah tentu ingin bermain di Taman Tema. huhu. Ada package Indoor dan Outdoor. Indoor adalah permainan yang ada didalam bangunan dan Outdoor lebih kepada permainan diluar bangunan. Saya syorkan permainan outdoor sebab lebih seronok dan thrilll...hehe. Kalau hujan, baik main indoor jer sebab semua permainan kat outdoor tu dihentikan sehingga hujan berhenti. Range tiket masuk dalam lingkungan RM30 ke RM40. Bergantung kepada pakej mana yang kita nak dan umur kita. Saya memilih permainan Outdoor( tak hujan masa ni).hehehe

View Genting dari atas
    Permainan yang paling menyeramkan saya ialah roller coaster..wow!! Memang dahsyat punya permainan tapi enjoy.hehe.. First and last saya main permainan tu.haha.. Tak mahu lagi main.. Nasib tak ada sakit apa-apa.hehe.. Yang lain tu tahap boleh lagi saya terima.hehe.. Tapi kalau yang dah biasa dengan permainan kat Genting ni tak rasa apa-apa tu. Maklumlah dah selalu main.hehe.. Lainlah cam saya ni.. Banyak permainan di sini memang best giler lah.


Kalau nak bercuti, pegilah ke Genting Highland yer. Jangan lupa!! hehehe. Oklah sampai kat sini jak cerita saya..byeee...

First World Hotel kat belakang.hehe






Friday, March 11, 2011

Mari Kenali Suku Kaum Sabah Bah...

     Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

     Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

     Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan.

     Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.


Hiasan Diri

     Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.

    
     Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan.


Suku Kaum Irranun
Suku Kaum Bisaya
Suku Kaum Suluk
Suku Kaum Bajau Kota Belud
Suku Kaum Dusun Lotud Tuaran

Suku Kaum Kadazan


Tenom, Jom Jumpa Pahlawan Antanom..

Assalamualaikum dan hai semua,apa khabar hari ini..saya harap para pembaca semua sihat-sihat belaka yer..amin..kali ini saya akan menceritakan salah satu daerah di sabah ni..kalo nak tahu sila ikuti cerita saya.hehehe..ok lah kawan-kawan, saya nak ceritakan tentang pengalaman saya kat tenom ni..saya menjejakkan kaki kat tenom ni semenjak di bangku sekolah lagi..so dah puaslah pegi tenom ni.hehehe..tapi kalau ada rezeki nak pegi lagi tau...

     Time sekolah,saya pegi dengan kawan-kawan dan guru saya..so bestlah ada rombongan kan..taulah student time tu mesti happy kalo dapat jalan..hahaha..macam saya jak tu..memang pun sayalah orangnya.haha..oklah serius lah ni...hehe..kat tenom ni ada satu daya tarikan pelancong iaitu Lagud Seberang ataupun Taman Pertanian..kat sini memang luaslah kawasannya..saya nak syorkan pengunjung supaya menaiki basikal semasa berada di taman pertanian ni.kalo tidak,rasalah sakit kaki berjalan.hahaha..yang bestt tu kalo pengunjung datang pada  musim buah2 han.wow!!! memang banyak buah2 han kat sini..boleh ambil lagi tu..itu dululah tapi sekarang tidak tahu pula..hahaha..jangan main ambil jak nanti kena warning..hehe..kalau nak bagitau dengan penjaga kat sana yer..

Ramai pelancong-pelancong yang datang kat Taman Pertanian ni..memang bestlah kat sini.so siapa-siapa yang belum lagi menjejakkan kaki kat tenom tu cepat-cepat lah pegi.sekarang lagi cantik tu.
selain lagud seberang,kat tenom ni ada tempat pemprosesan kopi..namanya kopi Tenom..memang sedap tau... Kalau ramai-ramai mengunjungi kilang kopi tenom, akan dapat diskaun lagi... Mereka akan bagi test minum kopi lagi.hehehe...memang sedap.mmmmm

Kalau nak bercamping, boleh mengunjungi Taman Rekreasi Batu 13 berdekatan pekan Tenom. Jangan hairan kenapa saya tahu tempat ni.hehehe.. Sebab saya pernah mengadakan program Friendship Day Camp semasa masih belajar di taman tersebut. Kawasannya terletak kurang 1 kilometer dari jalan utama. Pemandangan disana dipenuhi dengan pelbagi tumbuhanan hijau yang mampu membuatkan para pengunjung berasa tenang. Sekiranya berkeinginan untuk mandi sungai, sila-silakan lah yer...

Rumah Kebudayaan Murut juga diwujudkan di daerah Tenom. Besar Rumah Kebudayaan Murut ni. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui sejarah dan melihat sendiri rumah tradisional kaum murut, bolehlah mengunjungi tempat ni yer. Ok byeee....





Monday, March 7, 2011

Mentor 5 Dah Bermula

Mentor 5 telah bermula pada 6 Mac 2011 dan akan bersiaran setiap hari ahad pukul 9 malam di TV3. Mesti semua sudah maklum program realiti ini berbentuk nyanyian dimana kesemua peserta mempunyai mentor sendiri dikalangan selebriti terkenal di Malaysia.

Saya sebagai salah seorang peminat Mentor 1 hingga 4, mestilah akan menantikan Mentor 5 ni. Yelah, kita semua dah maklum kan program Mentor la yang banyak sekali juara dari Sabah ni. Sejarah dah membuktikan Pija (Juara Mentor 1) dan Fiq (Juara Mentor 2) orang Sabah memang berbakat dalam nyanyian ni. hehe..Program realiti lain pun ada jugak peserta Sabah menang macam Stacy (Juara Akademi Fantasia musim 6).

Sekali lagi untuk Mentor 5 ni menampilkan 2 peserta Sabah dengan protege yang memang dah terkenal iaitu Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Sape yang tak kenal dengan Afdlin Shauki kan pengarah terbaik untuk filem Papadom dan Erra Fazira bekas Miss Malaysia dan ex-Yusri..huhu..(sempat mengumpat).

Jadi harapan saya kali ini, agar antara dua peserta ni, salah seorang akan jadi juara bagi Mentor musim 5. Kepada peminat rancangan Mentor 5, jangan lupa untuk mengundi peserta dari Sabah ya.

Kat sini saya sertakan sedikit info tentang Mentor dan Protege masing-masing k.


Ratnah dan Afdlin Shauki
Mentor: Afdlin Shauki
- Terkenal sebagai seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan pengarah filem.
- Pernah memenangi Pengarah Terbaik untuk filem Papadom.
- Juri tetap untuk program realiti Raja Lawak musim 4 & 5.

 Protege: Ratnah Bt Awal (Ratnah)
- Berasal dari Sabah.

Erra Fazira dan Salma
Mentor: Erra Fazira
- Seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan duta produk.
- Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Protege: Salmah Bt. A.Asis (Salmah)
-Berasal dari Tawau, Sabah.


Edry dan Iqa
Mentor: Edry Abdul Halim
- Salah seorang anggota KRU.
- Penyani, komposer dan ahli perniagaan.
- Kini bergelar pengarah dan pernah memenangi Filem Terbaik untuk filem arahannya Magika.

Protege: Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor (Iqa)


Ayish dan Noh Hujan
Mentor: Noh Hujan
- Berasal dari Sarawak.
- Gemar menghasilkan lagu sendiri.
- Kumpulannya terkenal dengan lagu yang berbentuk indie sesuai dengan konsep muzik masa kini.
- Antara lagu popular, Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap.

Protege: Muhammad Farish Bin Mohammed Razali (Ayish)


Shiha dan Datuk Sharifah Aini
Mentor: Datuk Sharifah Aini aka. Kak Pah
- Seorang seniwati yang sudah berpuluh tahun menceburi bidang nyanyian.
- Antara lagu yang tidak ditelan zaman adalah "Seiring-Sejalan:.

Protege: Nurshiha Bt Mohd Zikir (Shiha)

Rahim Maarof dan Aiman
Mentor: Rahim Maarof
- Seorang Rocker yang sezaman dengan Amy Search dan Awie.
- Antara lagu popular beliau, Cinta Kristal (sekarang dah jadi OST Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan Istana Menanti.

Protege: Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh (Aiman)

Jadi, sekarang setkan kat kalendar anda untuk menonton program Mentor 5. Jangan lupa undi peserta dari Sabah k. Buli Ba Kalau Kau..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...