Sunday, April 3, 2011

Persiapan Pendakian: Tawan Bukit Taman Tun Fuad Stephen

Salah satu aspek penting yang perlu dilakukan sebelum mendaki gunung Kinabalu adalah membuat senaman agar mempunyai stamina yang cukup. Maklumlah, gunung Kinabalu tu tinggi. Di Kota Kinabalu, ada banyak taman rekreasi yang boleh dikunjungi untuk melakukan senaman.  


Map Taman Tun Fuad Stephen
 Bagi saya sendiri, saya memilih untuk melakukan senaman di Taman Tun Fuad Stephen yang terletak di Bukit Padang, Luyang. Tempat ni memang popular dikalangan penduduk Kota Kinabalu kerana mempunyai trek jogging sepanjang 2km dan laluan mendaki bukit yang agak tinggi.

Setiap hujung minggu, saya dan husband akan menaiki kereta menuju ke Taman Tun Fuad Stepehen kerana lokasinya agak jauh dari rumah. Lebih kurang 15km (15 minit perjalanan). Objektif utama kami MENDAKI BUKIT. Yelah, nak mendaki gunung Kinabalu, kenalah biasakan diri dulu dengan mendaki mana-mana bukit. Ada lebih kurang 1,000 anak tangga yang perlu dinaiki untuk sampai ke puncak bukit. Memang menguji stamina bukit ni.

Laluan Semak Samun
Pertama kali naik, memang banyak sangat berhenti sebab terlalu penat. Maklum, rumah kami tidak bertangga. hehe.  Ada banyak laluan mendaki bukit yang boleh dipilih. Ada laluan yang mempunyai tangga yang cerun dan luas dan ada laluan yang terpaksa dilalui dengan semak-samun disekeliling.

Laluan Anak Tangga
Untuk sampai ke puncak bukit, ada dua peringkat yang perlu diketahui semua. Pada peringkat pertama pendakian, laluan yang dilalui itu akan sampai ke satu tempat yang luas dan lapang. Masa pendakian lebih kurang 5 hingga 10 minit. Kebiasaannya bagi yang pertama kali mendaki bukit, pasti akan ingat tempat itulah puncak bukit. Saya gelarkan tempat ni sebagai peringkat pertama sebab ianya bukan puncak bukit tetapi lebih kepada tempat rehat sebelum meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak bukit.

Setelah berehat sekejap di peringkat pertama, bolehlah meneruskan pendakian. Disyorkan untuk membawa air mineral secukupnya ketika membuat pendakian. Tiada kedai runcit diperingkat pertama tu yer.  Peringkat kedua pendakian juga agak mencabar disebabkan laluan anak tangga yang agak cerun. Tengok anak tangga pun dah rasa nak putus asa nak sampai ke puncak. Dalam 5 ke 10 minit pendakian, baru akan sampai.

Anak Tangga menuju
ke puncak bukit
Setibanya di puncak, memang perasaan tu sangat lega. Barulah tahu yang stamina dalam badan tu kuat ke tidak. Pemandangan di puncak bukit sangat menarik. Boleh nampak bandar Kota Kinabalu dari pandangan atas. Jadi boleh cuba bayangkan, kalau sampai di puncak Gunung Kinabalu tu boleh nampak apa pula yer.

Setakat ini, dalam dua bulan dah kami datang ke Taman Tun Fuad Stephen untuk tujuan persiapan fizikal. Setiap hujung minggu mesti akan datang ke sana. Memang nampak perbezaan ketika mula-mula mendaki dan perubahan setelah berulang-kali menawan puncak bukit Taman Tun Fuad Stephen. Daripada berhenti sampai 5-6 kali setiap kali pendakian, kini hanya perlu sekali jer berhenti untuk berehat sekejap. Itupun saja-saja nak berehat. hehe.

Gunung Kinabalu, Nantikan kedatangan kami yer.


Kawasan Puncak Bukit

Pemandangan Kota Kinabalu Dari Puncak Bukit


   


Saturday, April 2, 2011

Maharaja Lawak Dah Bermula.SEPAH VS NABIL

Program Maharaja Lawak sudah mula bersiaran di Astro bermula 1 April 2011. Program ini akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Astro Prima dan Astro Warna.

Tapi ada satu benda yang mengecewakan saya adalah mulai episod ke-3, program Maharaja Lawak hanya akan bersiaran di Astro warna sahaja. Pandai Astro ni nak kaut untung lebih. Paksa para peminat program ini untuk melanggan Astro Warna. Saya kat rumah sekarang ni hanya melanggan pakej Discovery dan Astro Ceria sahaja. Maksudnya ada 2 pilihan je lah, samada nak tamatkan pakej sedia ada ataupun tambah lagi pakej baru. 

Lupakan pasal harga langganan, Program Maharaja Lawak ni merupakan sebuah lagi program realiti Astro yang mana para finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga ke lima akan berentap semula untuk menjadi pelawak yang terbaik diantara yang terbaik. Memang sengit kerana para peserta semuanya mempunyai peminat sendiri. Hampir kesemua finalis Raja Lawak mengikuti program ini.

Antara peserta yang mengikuti Maharaja Lawak ini adalah kumpulan Sepah, Nabil, Jozan (Johan dan Zizan), Jambu (Yus dan Tauke), WAI (Kump.Kecik dan Idlan), Alex, Jihan, Amir, XN3, Man, Balas dan R2.


Kumpulan Sepah
( Juara Raja Lawak 3 )
Saya sendiri merupakan peminat setia kumpulan SEPAH. Kumpulan Sepah ni merupakan Juara Raja Lawak Musim ke-3. Saya amat mengharapakan agar kumpulan Sepah menjuarai Maharaja Lawak. Anggota dalam kumpulan ni adalah Jep, Shuib dan Mamat. Mereka sekarang tengah popular melalui program TV bersiri Bujang Sepah Lalalitamplom.


Nabil
 ( Juara Raja Lawak 2 )
Berbeza pula dengan hubby saya yang amat meminati Nabil. Saya tak faham sangat lawak Nabil tu. Mungkin kena dengan jiwa hubby saya kot dengan lawak Nabil tu. Jadi sekarang ni kira kalau kami berdua adalah pertandingan antara Nabil (Juara Raja Lawak 2) dan Sepah (Juara Raja Lawak 3). hehe..

Siapa akan jadi juara? Kenalah rajin menonton Maharaja Lawak.. GOOOO SEPAH... 

 


Kumpulan R2
( Naib Juara Raja Lawak 5 )

Kumpulan Jozan ( Zizan dan Johan)
( Naib Juara dan Tempat Ke-3 Raja Lawak 1 )

 
Kumpulan Balas
( Tempat Ke-3 Raja Lawak 5 )

Kumpulan Jambu ( Yus dan Tauke)
( Juara dan Tempat Ke-4 Raja Lawak 1)

WAI ( Kump Kecik dan Idlan )
( Juara dan Naib Juara Raja Lawak 4 )

Kumpulan XN3
( Tempat ke-3 Raja Lawak 2 )

Man
( Juara Raja Lawak 5 )

Amir
( Tempat ke-3 Raja Lawak 3 )


Jihan
( Naib Juara Raja Lawak 3 )

Alex
( Tempat Ke-3 Raja Lawak 4 )

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...