Sunday, July 3, 2011

Pameran Volkswagen kat Ranau. Wohoho

Baru-baru ni ada pameran kereta Volkswagen yang diadakan di Ranau. Banyak kenderaan Volkswagen pelbagai model dari tahun 1930an dipamerkan disini. Memang best. hehe

Kalau nak ikut sejarah syarikat Volkswagen ni, ianya juga dikenali sebagai VW atau "kereta bagon" oleh orang-orang kita ni. Biasanya kita suka buat lawak dengan kereta Volkswagen ni kan. Kalau nampak jak kereta ni kat mana-mana, mesti pukul kawan kat sebelah dan sebut "Pek bagon". Jadi kawan yang kena pukul tu tak boleh marah. hahaha.. Orang-orang dulu juga suka sebut kereta ni kereta kura-kura. Mungkin sebab rupa bentuk VW ni macam kura-kura kot. hahaha

Oklah, syarikat Volkswagen ni ditubuhkan pada 1937 oleh Nazi Trade Union di negara German. Volkswagen tu bermaksud "People's car" dalam bahasa German. Slogannya biasa kita dengar kat televisyen iaitu Das Auto (maksudnya kereta). Maklumat lanjut pasal Volkswagen  ni boleh google kat internet yer. (Panjang sangat sejarah syarikat ni. hehehe)

Tak sangka pula kat Sabah ni rupanya banyak peminat kereta Volkswagen ni. Dorang dah ubahsuai Volkswagen tu untuk lebih nampak cantik dan ranggi. hehe. Memang teruja melihat kereta Volkswagen ni dicat dengan warna-warna yang menarik dan diletakkan set peralatan audio yang terkini. Jadi, layan jer lah gambar-gambar kat sini ahh..




















3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...