Saturday, March 5, 2011

Hadiah Menarik Menanti Pemenang....Jom Ikuti.Jeng3x

Salam semua. Baru-baru ini, saya bersama suami tercinta telah melawat negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Banyak tempat menarik dan menjadi tumpuan pelancong yang telah kami lawati. Nanti saya ceritakan pada post akan datang.

Kali ini, saya ingin membuat PERADUAN iaitu teka dan MENANG. Tak susah sangat ya. Hanya perlu tahu tempat-tempat yang ada di Melaka.

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Ini bukan skim ataupun apa-apa penipuan. Just for fun bahh.. Saya nak buat charity sikit.hehehe.. Oklah, jom lihat terma dan syarat dibawah.

Cara-Caranya adalah:
  1. Baca Blog saya..(mesti3x.hehe)
  2. Baca buku sejarah Melaka, website, telefon, sms, FB untuk mengetahui tentang tumpuan pelancong di Melaka. (Hampir semua tempat saya pegi. hehehe)
  3. Senaraikan 10 tempat yang saya lawati di negeri Melaka.
  4. Letakkan senarai 10 tempat itu  di ruangan komen untuk post ini.
  5. Letakkan nama dan email anda dibawah senarai tekaan tersebut.
  6. Tarikh tutup penyertaan 10 March 2011 (Khamis) jam 8 mlm..hehe
  7. Pemenang yang dapat memberikan jawapan yang paling/ hampir tepat akan dihubungi oleh saya.

Hadiahnya adalah.. Jeng3x (hehe)


Beli dari Melaka tau.. bukan dari negeri lain.hehe

Sebuah Key Chain Melaka yang sangat cantik, menarik dan paling pentingggg beli kat kedai Melaka. huhuhu..

Penghantaran adalah PERCUMA. Pemenang kena bagi no h/p dan alamat surat-menyurat yang betul k. (takut tempat lain pula peginya)

Jadi, apalagi, Jom buat tekaan...



Friday, March 4, 2011

Kudat, angin sepoi-sepoi.


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat mengambil masa lebih kurang 3 jam (190km) kalau tak singgah-singgah dan tak banyak lori bawa buah kelapa sawit lalu lalang.=)
Kalau ke Kudat, tak banyak hotel yang boleh kita pilih. Tapi saya recommend menginap di Hotel Ria atau Kudat Golf & Marina Resort.

Angin Simpang Mengayau yang best
hehe
Mesti ingat kalau tinggal kat Resort ni harga mahal kan.. Sebenarnya tak mahal k. Range harga dalam Rm130 ke atas. bole check kat website dia. Resort ni berada dalam bandar Kudat. Memang best tinggal kat Resort ni sebab 5 bintang kan. hehehe.. Fasiliti pun banyak. Ada swimming pool (tak payah berenang kat laut), gym, sauna dan paling jadi tumpuan pengunjung MAIN GOLF.. Pelancong Korea selalu datang sini main golf sampaikan hotel sediakan kedai menjual makanan korea supaya dorang tak rindu makanan Korea.hehehe.

Simbolik Simpang Mengayau
Di Kudat ni, tempat yang WAJIB kita pergi adalah Simpang Mengayau. Tempat nilah adalah hujung negeri Sabah. Kalau tengok kat map Sabah, Simpang Mengayau adalah hujung "telinga" Sabah.( Berkias plak. heheh) Tengok sendirilah kat map yer... Perjalanan dari Resort ke Simpang Mengayau lebih kurang 30 km.

Dulu jalan pergi ke Simpang Mengayau memang agak problem sikit sebab jalan belum diturap lagi. Kalau bawa kereta yang lower and 2 cm lagi nak sentuh jalan tu baik tak yah pegi.. Tetapi, sekarang jalan dah diturap dan tidak ada masalah untuk ke sana. Disyorkan anda membawa topi atau apa-apa yang sepatutnya sebab angin memang kuat kat sana.( Tak cantik ambil gambar rambut terbang mengurai macam hantu..hehehe).


Map Simpang Mengayau
Ok. Kalau ada masa lebih, boleh la melawat Pulau Banggi. Perjalanan boleh menaiki bot dalam lebih kurang 1 jam lebih baru sampai. Tak dapat komen banyak pasal Pulau Banggi sebab tak sempat nak ke sana.. Next time ler kot.

Orait..
Kuatnya angin.hehehe
View laut dari simpang Mengayau
Chatting Live dari Kudat Golf & Marina Resort Kudat. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...