Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak Dah Memasuki Minggu ke-4

Bagi peminat Maharaja Lawak, program ini sudah memasuki minggu ke-4. Sebanyak 4 peserta juga telah tersingkir hasil undian terendah yang mereka dapat. Format Maharaja Lawak ini lebih kurang macam program realiti Mentor juga iaitu 50% undian daripada juri tetap dan 50% undian daripada penonton.  

Antara peserta yang terkeluar adalah kumpulan WAI, XN3, R2 dan Alex. Dari pemerhatian saya sendiri, apabila adanya undian daripada juri profesional ( Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek ) ianya lebih adil. Sekiranya peserta tidak dapat memberikan persembahan yang menarik setiap minggu, secara tidak langsung ianya akan memberikan kesan yang besar terhadap undian mereka. Lihat sahaja kepada persembahan peserta yang telah terkeluar. Rata-rata penonton sependapat dengan para juri bahawa pada minggu mereka melakukan persembahan, memang agak membosankan dan tidak melucukan. Ianya amat berbeza ketika peserta tersebut bertanding dalam Raja Lawak musim masing-masing.

Harus diingat, juri dan penonton mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi dan berbeza daripada Maharaja Lawak. Penonton berhak mendapatkan lawak komedi yang berkualiti  memandangkan para peserta yang dipilih untuk Maharaja Lawak adalah finalis akhir Raja Lawak musim masing-masing.

Sekiranya hanya mengharapkan populariti hasil pertandingan Raja Lawak ataupun program TV yang dibintangi semata-mata, memang tak kemana.

Sekarang para peserta yang masih meneruskan perjuangan dalam Maharaja Lawak adalah Nabil, Sepah, Jozan, Jambu, Balas, Man, Jihan dan Amir. Saya masih mengharapkan kumpulan Sepah  untuk menjuarai Maharaja Lawak. Mereka memang konsisten dengan lawak dan style mereka yang tersendiri. Nabil, Jozan dan Jambu juga sangat konsisten.  Saya merasakan merekalah yang akan menjadi finalis akhir Maharaja Lawak.

Apapun, memandangkan sekarang Maharaja Lawak hanya disiarkan dalam Astro Warna, sedikit sebanyak ianya akan mengganggu undian daripada penonton yang tidak melanggan pakej tersebut. Jadi kena rajin tonton di Youtube untuk lihat program Maharaja Lawak. =)



Status Peserta Maharaja Lawak Sehingga Minggu ke 4
( klik gambar untuk besarkan imej )
 

1 comment:

  1. Wui Seh...Lambat Tengok Bha Tengok youtube NI!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...