Tuesday, June 28, 2011

Tahniah Kumpulan SEPAH. Juara Maharaja Lawak 2011..Yeyyy.


Juara Maharaja Lawak 2011
Kumpulan Sepah telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak 2011 setelah menewaskan pencabar terdekatnya Jozan, Nabil dan Jambu. Memang hebat la kumpulan ni kan. Masa peringkat akhir tu, kedudukan Sepah dengan Jozan ni sangat dekat, tetapi persembahan pada malam itu yang akan menentukan kemenangan mutlak kepada Sepah. Sepah memang best!!!. heheh

Untuk rekod, program Maharaja Lawak ni merupakan program realiti yang kedua (selepas One In A Million) menawarkan amaun yang tinggi kepada para peserta akhir. Bayangkan jer, Juara (SEPAH) mendapat wang tunai sebanyak RM350,000, Naib Juara (Jozan) RM250,000, Ketiga (Nabil) RM150,000 dan Keempat (Jambu) RM50,000. Banyak tu duit. 

Bagi husband saya yang memang peminat Nabil tu, kira berbangga juga dia sebab kalau nak ikut ranking kedudukan memang la Nabil tempat ketiga, tapi bila lihat pada sudut amaun yang diterima untuk pembahagian, tambah besar telinga dan bibir ala-ala Angelina Jolie dia tu. hehe. Dia seorang jer bolot RM150,000. Kumpulan Sepah kena split 3 duit tu( RM350,000/3 orang) dapat RM116,666 seorang, Jozan split 2 (RM250,000/2) RM125,000 seorang dan Jambu (RM50,000/2) RM25,000 seorang. Haha.. Nabil, lu memang best bro!!!.

Barisan pemenang Maharaja Lawak
Pada pendapat saya, lepas ni para perompak, pecah rumah dan peragut yang ada kat Malaysia ni tak payahla nak merompak kat bank atau pecah masuk rumah orang. Silap-silap kena tembak polis (tak sempat taubat nanti). Tak pun masuk penjara sampai berbelas tahun. Bagus para perompak ni semua join program realiti yang ada kat Malaysia ni. Tak lama pun. Dalam 3 bulan lebih jer join. Lepas tu macam-macam dapat. hehe. Duit dapat, populariti pun dapat.kan.kan. kan.

Jadi, selepas ni, saya nak tengok apa lagi erk. Maharaja Lawak dah abis, Akademi Fantasia pun dah abis. hmm.. Tengok Ustazah Pilihan la pulak.. hehehe.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...