|
Jambatan Tamparuli |
Kali ini saya akan menceritakan tentang salah satu tempat pelancongan yang menarik perhatian pelancong tidak kira dari dalam negeri,mahupun luar negara. Tempat ni sangat menarik terutamanya pemandangan gunung kinabalu yang sangat cantik. Sebut jak daerah ni memang wow!! org cakap.hehe. Kalau nak tau daerah apa, RANAU lah jawabnya.hehe
|
Singgah di Pekan Nabalu |
Kalau nak tau kat Ranau ni banyak tempat yang kita boleh pegi..memang bestlah kat sini.hehe..Bagi sapa-sapa yang akan menjejakkan kaki kat ranau ni mesti tak nak balik dah.hehehe.(cam saya lah tue..hehe.)Kalau dari kota kinabalu ke ranau,kita akan nampak view gunung kinabalu sepanjang perjalanan. Masya Allah cantiknya ciptaan Allah S.W.T. Tulah dalam fikiran saya time tu.
Sebelum sampai kat ranau ni,kita akan lalui Kundasang dulu. Di pinggir2 jalan kita akan lihat banyak challet dan lodge yang menawarkan harga yang murah kepada para pengunjung. Kalau nak menghirup udara yang sejuk ala-ala kat luar negara gitu bolehlah menginap kat kundasang. Memang sejuk ni. Suhunya mencecah 11 darjah celcius.(Brrr..sangat sejuk ni) Saya menyarankan kepada sesiapa yang berniat melancong kat ranau ni supaya membawa jaket dan stoking yang tebal kerana tempat ni sangat sejuk.hehehe. Kalau sapa-sapa yang kaki gambar tu,bolehlah mengambil gambar kat sini,memang cantik. Puas-puaslah buat pose tu.hehehe. Time saya pegi kat Ranau, banyak picture saya ambil kat sana.
|
Pemandangan Gunung Kinabalu |
Selain kaki gunung Kinabalu yang kita nampak, kat ranau ni ada tempat yg menarik perhatian pengunjung juga seperti Poring. Sebut jak nama Poring orang pasti kenal sebab tempat ni tumpuan org ramai terutama pada hujung minggu. Selain pegunjung tempatan, para pelancong dari pelusuk dunia pun akan mengunjungi poring.
Kalau nak tau nama Poring adalah dari sebatang pokok bambu. Mungkin kot banyak bambu kat sana,tulah orang kat sana gelarkan Poring. Hahaha..ni dengar-dengar orang sana cakaplah, tapi tak sure lagi.
|
Ladang Teh Sabah |
Mari kita selami lg daerah Ranau ni. Selain Poring, ada lagi tempat menarik seperti ladang teh Sabah. Ladang teh sangat luas. Teh-teh kat sini sangat segar. Dimasa-masa akan datang mungkin banyak lagi tempat-tempat menarik kat ranau ni.( tapi kena tunggu yer.hehe..)
Opss lupa plak, kalau sesiapa yang berminat nak naik gunung Kinabalu ,bolelah try yer. View kat atas gunung ni memang cantik tau. Rugi kalau tak naik.hehe. Oh ya, latest rate sekarang Untuk warga Sabahan RM380++, warga Semenanjung dan Sarawak RM800++, pelancong asing RM1 K ++. So, mari kita naik. Hehe..
|
Di Pintu Kundasang
War Memorial |
Kalau dah sampai kat Ranau, ni jangan lupa pula beli ole-ole sebagai kenangan. Harga pun murah dan barangan pun cantik dan banyak pilihan lagi. Ok lah, sampai disini saja cerita saya. Di lain masa saya akan menceritakan pula tentang tempat yang lain pula yer. Ikuti selanjutnya cerita saya. Bye-bye. See you all. Semoga happy baca blog saya.hehe..
No comments:
Post a Comment