Sunday, March 20, 2011

Apa Khabar Melaka...

Salam kepada semua pembaca. Kali ni nak sambung perjalanan saya dan husband pegi Melaka.


Bas Transnasional
 1. Trip dari Pulau Pinang ke Melaka
Saya dan husband menaiki bas dari Pulau Pinang ke Melaka dengan menaiki bas. Harga tiket untuk seorang bagi sehala perjalanan RM45. Untuk kami berdua jumlah RM90. Kami menaiki bas pada sebelah malam. Jam 11 malam bertolak dan tiba di Melaka Sentral jam 9 pagi. Safe bajet hotel untuk satu malam.hehe.
Dari Melaka Sentral, kami menaiki bas untuk sampai ke bandar Melaka. Tambang bas hanya RM1 seorang. Tak payah nak naik teksi.hehe. Kami turun di Dataran Pahlawan Melaka dan berjalan kaki menuju ke Hotel. 



Menginap di Time Hotel Melaka

 2. Penginapan di Melaka
Kami menginap di Time Hotel Melaka. Harga RM70 untuk satu malam. Hotel ini terletak 500 meter dari Dataran Pahlawan, Melaka. Jalan kaki dalam 15 minit dah sampai. Hampir semua tempat bersejarah tidak jauh dari bandar Melaka. Jadi, tidak perlu risau jika ingin melawat tempat-tempat bersejarah. Boleh berjalan kaki. Pastikan membawa air mineral sekiranya memilih untuk berjalan kaki sebab memang penat.hehe




Depan A Famosa
 3. Kota Lama (A Famosa)
Tinggalan kubu yang dibina oleh Portugis pada kurun ke-16. Bayangkan tu, sekarang dah 2011 masih lagi teguh lagi kubu ni.  Memang sangat menarik kubu ni. Meriam lama turut dipamerkan. Tidak ada caj bayaran dikenakan untuk masuk atau mengambil gambar di sekitar Kota Lama ni yer..FREE..




Depan Replika Kesultanan
Melayu Melaka
 4. Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
Bayaran tiket masuk sebanyak RM2 seorang. Kita dibenarkan mengambil gambar di dalam istana ni. Jangan tertipu yer, sebab ini sebenarnya hanyalah replika istana. Ianya mengikut rupa sebenar istana masa zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka pada 1456 hingga 1477. Istana sebenar telah lama terbakar semasa zaman penjajahan dahulu. Kat dalam istana ni ada banyak artifak, pakaian tradisional dan kamar diraja. Terasa macam berada di zaman Melayu Melaka dulu plak masa berada dalam istana ni.hehe


 
Kat belakang Replika patung sultan dan para pembesar
zaman Melayu Melaka

Kat depan St.Paul Church
 5. St. Paul Churh
Berada diatas bukit dan memerlukan tenaga kaki yang agak kuat yer. Memang penat mendaki menggunakan tangga ni.hehe. Maklum jarang bersenam. Ada lebih kurang 110 anak tangga kena daki sebelum sampai. Kat church ni hanya tinggal saki baki akibat kena serangan zaman dahulu. Even, church ni takde bumbung. Jadi, nasihat awal kalau hujan jangan ler memandai nak pegi tempat ni yer. Confirm basah punya.hehe 




Menara Taming Sari

6. Menara Taming Sari
Menara ni memang sangat menarik. Ianya mempunyai ketinggian 100 meter dan kita boleh nampak Bandar Hilir Melaka dalam lingkungan radius 5 kilometer.Waktu terbaik untuk naik adalah sebelah malam sebab boleh nampak kilauan lampu yang dipasang sekitar bandar Melaka. Pemandangan memang cantik. Harga tiket untuk seorang RM10 bagi pemegang MYKad. Kalau tak bawa MYKad kena caj harga orang asing.





View Bandar Melaka dari dalam Menara Taming Sari

Dalam Menara Taming Sari

Replika Kapal Flor De Mar
 7. Muzium Samudera @ Replika Kapal Flor De Mar
Bayaran masuk RM3 seorang. Kapal ni memang besar walaupun hanya replika. Ianya dibina berdasarkan kapal potugis dengan ukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. (Besar tu..fuyohhh). Pertama kali naik memang best sangat. Yalah, tak pernah naik kapal zaman dahulu kala biarpun hanya replika. Dalam kapal ni memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Banyak artifak, gambar dan model yang dipamerkan. Paling penting sekali, walaupun muzium, kita dibenarkan untuk mengambil gambar secara PERCUMA kat dalam. Tu yang best kat muzium Melaka. oleh ambil gambar. Kalau kat Sabah jangan harap boleh ambil gambar yer.hehe 


Depan Kincir Air Melaka
 8. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
Agak besar jugak kincir air ni. Diameter sahaja 13.2 meter dan merupakan kincir air pertama dan terbesar di Malaysia. Yang tak best plak, kincir air ni tak berfungsi. Jadi tak dapat ler nampak macamana  berfungsi. Apapun, ambil gambar depan kincir air ni WAJIB.hehehe.





Depan Rumah Merah Melaka
 9. Rumah Merah Melaka
Bangunan ni dipanggil rumah merah sebab semua dinding bangunan ni warna merah (mungkin ler kot.hehe). Ni kesan penjajahan Portugis ler warna merah tu. Pertama kali tengok macam balai bomba pun ada. hehe.







Beca Melaka
 10. Beca Melaka
Yang ni memang tak best. Sebab apa, harga nak naik beca memang mahal. Bayangkan perjalanan tak sampai 100 meter pun kena caj RM10. Memang mahal berbanding beca di Pulau Pinang. Nak tawar-menawar pun susah. Memang target penarik beca untuk orang luar negara. Nak income lebih kan. Takpe lah k. Kalau dah murah baru kami nak naik beca. Contohilah cara penarik beca di Pulau Pinang letak harga k.






Kat belakang Dataran
Pahlawan Melaka
 11. Mahkota Parade Melaka & Dataran Pahlawan Melaka
Ini antara shopping mall yang wujud di Melaka. Memang besar shopping mall ni. Pelbagai barangan dijual kat dalam. Jadi cepat-cepat pegi cucuk kad kat mesin ATM. Shopping time.hehe. Mahkota Parade Mall dan Dataran Pahlawan Melaka ni bersebelahan jalan raya jer. Jadi, jalan kaki jer untuk pegi kedua-dua tempat ni. Kalau nak tengok saiz, boleh lawan jugak dengan One Borneo Hypermall kat Sabah k. Tapi, masing-masing ada konsep yang tersendiri.







12. Dari Melaka Ke KLIA.
Memandangkan kami hanya semalam jer kat Melaka. Keesokkannya kami menaiki bas dari Melaka ke KLIA. Nak beli tiket pun mudah. Tak perlu pegi ke Melaka Sentral untuk membeli dan menunggu bas. Ada kaunter tiket bas dijual didalam bangunan Melaka Medical Centre (MMC). MMC ni terletak dibelakang Mahkota Parade Melaka jer. Jadi, senang ler nak membeli tiket bas. Harga tiket seorang dari Melaka ke KLIA hanya RM22 seorang. Bas ni hanya berhenti di LCCT dan KLIA. Bas bertolak pukul 2 petang dan tiba di KLIA pukul 4.30 petang. Flight kami pukul 7 malam. Sempat jugakla nak shopping skit kat kedai ERAMAN dalam KLIA tu. Ni kira tempat wajib orang Sabah nak shopping. Sebab utama, roti Gardenia dijual pada harga yang murah.hehehe. Sabah mahal betull. 
Pukul 7 Malam, kami naik Firely dan tiba di KKIA pukul 10 malam. Harga tiket (promosi yer) hanya RM28 seorang. Jumlah untuk kami berdua RM56. Lebih murah dari tambang bas dari KK ke Tawau kan.hehehe.

Jadi, sampai disini cerita saya untuk pengembaraan di Melaka. Perancangan seterusnya adalah mendaki gunung Kinabalu pada bulan April 2011 dan ke Kuching, Sarawak bulan Julai 2011. Tunggu post yang seterusnya yer. hehe 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...