Sunday, March 6, 2011

Pasar Tamu Minggu Putatan.Jom Shopping Dapur...

Barisan ni jual sayur jer...
Kebiasaannya pada hujung minggu, aktiviti-aktiviti orang kat area putatan ni adalah menderma sambil beramal di Pasar minggu Putatan. hehe(gurau jer).. Pasar minggu Putatan ni terletak lebih kurang 10km dari Kota Kinabalu. Tak jauh sangat dalam 15 minit dah sampai.

Pasar minggu Putatan ni memang sangat popular dikalangan warga Sabah. Tapi harus diingat yer, kalau nak ke sini, datang pada hujung minggu, weekday tak banyak gerai buka. Business hour pasar ni bermula pada petang jumaat hingga ahad. Tapi ingat kalau pegi hari ahad kena datang sebelum 12tengahari sebab dah close masa tu.


Pelbagai jualan kuih-muih
 Disyorkan anda semua bangun awal pagi, hidupkan kereta( vrooom..2x ) dan jam masih lagi pukul 6 pagi. Ini kerana tahap popular pasar ni sangat tinggi. Sekiranya sampai pukul 9 pagi, alamatnya kenalah traffic jam kat sini. Parking pun susah nak cari. Bukan sebab parking tak banyak tapi memang crowd orang datang ke sini.

 Di pasar minggu Putatan, terkenal dengan pelbagai jualan samada sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih, baju terpakai (bundle), ayam segar (hidup & mati) dan banyak lagi. Memang cepat ler menghulurkan duit kat penjual kat sana(hehe). Terlalu banyak barang, sampai semua pun nak beli..

Kuih Tradisional Sabah
Satu perkara harus diingat, kalau pergi ke pasar minggu Putatan, bawalah teman yer. Bukan sebab ada penyeluk saku, tapi jadi tukang angkat barang. hehe Banyak sangat belikan. Sampai penat lelah teman kita ke sana ke mari bawa barang.  Jangan lupa belikan teman kita apa yang dia nak. Kalau tak lain kali macam-macam alasan yang diberikan bila diajak ke pasar ni lagi yer. (macam biasa jer.heheh) 

Tengah tunggu order Nasi Lemak
Satu fakta menarik tentang pasar minggu Putatan ni, anda akan sering kali terserempak samada kawan sepejabat, kawan lama, kawan sekampung dan kawan sebandar. hehe.. Tengok tu, dunia ni kecil bah.. Jumpa jugak di sini.

Kalau ada kesempatan, datanglah ke pasar minggu Putatan untuk merasai suasana  shopping dan melihat kepelbagaian barangan Sabah kat sana yer...
  
Pengunjung tengah tunggu order.

Ramainya orang datang





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...