Thursday, March 31, 2011

Persatuan Bisaya Bersatu Sabah Kini Mempunyai Blog

Pada tarikh 23 Mac 2011, Persatuan Bisaya Bersatu Sabah telah membina blognya sendiri. Ianya bertujuan sebagai salah satu alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama sekali kaum Bisaya.

Logo Persatuan Bisaya Sabah
Ini satu perkembangan yang amat baik kerana dengan wujudnya blog persatuan Bisaya, kaum Bisaya dapat mengetahui segala perkembangan dan isu semasa yang melibatkan aktiviti dan pengumuman daripada persatuan.

Jadi, kepada warga Bisaya di seluruh Sabah terutama sekali di daerah Beaufort, sokonglah blog Persatuan Bisaya Bersatu Sabah. Selalulah mengunjungi blog persatuan untuk mendapatkan maklumat terkini.

Blog persatuan Bisaya boleh dikunjungi melalui link ini. http://bersatubisaya.blogspot.com/.

Sekiranya ingin bersembang melalui facebook, boleh menaip perkataan "Persatuan Bisaya Bersatu Sabah" dalam carian facebook.


Tuesday, March 29, 2011

cutisabah.blogspot.com ranking no 1 dalam carian Google

Salam semua. Tidak ku sangka blog yang baru nak masuk 2 bulan kini dah menjadi ranking no 1 dalam carian google. Horayyy.. Sangat membanggakan dan ini akan terus menjadi pembakar semangat buat diriku untuk terus menulis artikel yang berkualiti.

Dalam carian google, taipkan "pasar putatan kota kinabalu" ataupun "shopping percutian malaysia", hasilnya akan meletakkan cutisabah.blogspot.com pada ranking pertama. hehe. Saya harap ranking ini akan berkekalan lama. (Amin...)

Terima kasih kepada semua pembaca yang tidak pernah jemu mengunjungi cutisabah.blogspot.com. Saya akan terus menulis artikel berkaitan tempat-tempat yang saya kunjungi di sekitar Sabah mahupun di negeri-negeri lain.

Kepada semua, sila-silalah selalu mengunjungi cutisabah.blogspot.com ya.. TQ from the bottom of my heart =)



cutisabah.blogspot pada senarai pertama dalam carian google
 

cutisabah.blogspot.com sekali lagi menduduki tempat pertama dalam carian google
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...