Saturday, July 2, 2011

Layan Siri Swamp People

Semenjak dah abis demam Maharaja Lawak ni, saya beralih pulak kepada channel lain. Terkini, program yang saya minati adalah siri program "Swamp People" di channel History Astro 555. Memang menarik program ni sebab ianya merupakan rancangan yang unik.

Ianya mengisahkan bagaimana suku kaum Cajuns yang masih tinggal di berhampiran kawasan paya Lousiana Amerika syarikat mencari pendapatan rezeki dengan memburu aligator. Hoho berani tu. (Ni program sebenar k bukan lakonan semata-mata). Biasanya kalau kita lihat kat mana-mana program lain pasal memburu buaya atau aligator ni, mesti dipaparkan suku kaum asli (yang pakai cawat dan tak pakai baju) pergi memburu. Agak terpegun jugak saya, sebab sebenarnya suku kaum Cajun ni moden orangnya. Dorang ni tinggal kat rumah yang cantik dan agak mewah. Yelah biasanya kita mesti terfikir kalau memburu aligator ni mesti orang asli dan tinggal kat pondok yang diperbuat daripada daun nipah/buluh. 

Aligator tengah senyum. hehehe
Jadi, bila program ni ditayangkan, mesti saya akan terpegun melihat bagaimana dorang memburu aligator ni. Langsung tiada perasaan takut. Boleh ketawa terbahak-bahak lagi dorang masa memburu buaya ni. Hebat. Kalau kat Malaysia ni, tak pernah lagi saya dengar orang buru aligator sebagai punca pendapatan rezeki. Mungkin kita ni memang dah dibiasakan untuk takut dengan aligator dan setiap kali jak sebut aligator mesti dalam fikiran kita terbayangkan aligator ni makan manusia. Macam kes buaya makan budak kat Miri tu. Siap ada CD lagi dijual macamana mayat budak tu dikeluarkan dari perut buaya.

Selain Swamp People, ada juga siri program lain yang unik kat channel History ni macam "American Pickers" yang punca pendapatan dorang hasil kutip sampah. Hahaha. Tu lagi pelik. Kutip sampah pun boleh buat duit. Kalau ada sesape yang melanggan saluran Discovery Channel kat Astro, bolehla layan program yang disiarkan yer.

Hasil tangkapan aligator. Wargh...

Thursday, June 30, 2011

Kenangan Di Kundasang War Memorial

Depan pintu
 Kundasang War Memorial
Bagi pengunjung yang datang ke Kundasang, pasti kunjungan tidak akan sempurna sekiranya tidak melawat Kundasang War Memorial yang terletak di sebelah Pekan Kundasang. Memorial ni didirikan untuk memperingati kematian orang Australia dan British semasa perang dunia ke-2. Ianya siap dibina dan dibuka untuk orang awam pada tahun 1962. Kira dah lama jugak memorial ni.

Tiket untuk masuk tempat ni berbeza sedikit. Bagi pemegang Mykad RM2 seorang dan pengunjung luar RM10 seorang. Bila berada didalam, macam masuk taman bunga pun ada jugak. Banyak sangat bunga ditanam. hehe.. Memorial ni dibahagikan kepada beberapa seksyen. Jadi, bila kita masuk setiap seksyen, landskapnya akan berbeza sedikit.

Pameran sejarah disediakan
untuk tatapan pengunjung
Terdapat gambar mengenai sejarah semasa perang dunia ke-2 dipamerkan untuk tontonan pengunjung. Tapi bagi saya, tempat yang paling menarik adalah kolam yang dibina. Memang unik dan cantik. Banyak bendera Australia dan British juga dipasang pada tiang-tiang bendera.( Yelah nak mengingati pengorbanan dorang kan. Nasib baik bendera Jepun tiada. hahaha ).

Memorial ni  banyak peraturan kita kena ikut. Rumput kat taman tak boleh pijak dan bunga-bunga yang ditanam tak boleh petik. Ada CCTV kena pasang dalam taman. huhuhu. Jadi boleh ambil gambar buat kenangan jer lah yer.





Di Tangga Ke Tugu Memorial

Tugu memperingati tentera British yang terkorban

Depan bendera luar negara.

Kolam ikan yang dikelilingi banyak tiang


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...