Sunday, March 6, 2011

Ranau, Kaki Gunung Kinabalu. Sejuk..Brrrr

Jambatan Tamparuli
Kali ini saya akan menceritakan tentang salah satu tempat pelancongan yang menarik perhatian pelancong tidak kira dari dalam negeri,mahupun luar negara. Tempat ni sangat menarik terutamanya pemandangan gunung kinabalu yang sangat cantik. Sebut jak daerah ni memang wow!! org cakap.hehe. Kalau nak tau daerah apa, RANAU lah jawabnya.hehe

Singgah di Pekan Nabalu
Kalau nak tau kat Ranau ni banyak tempat yang kita boleh pegi..memang bestlah kat sini.hehe..Bagi sapa-sapa yang akan menjejakkan kaki kat ranau ni mesti tak nak balik dah.hehehe.(cam saya lah tue..hehe.)Kalau dari kota kinabalu ke ranau,kita akan nampak view gunung kinabalu sepanjang perjalanan. Masya Allah cantiknya ciptaan Allah S.W.T. Tulah dalam fikiran saya time tu.

Sebelum sampai kat ranau ni,kita akan lalui Kundasang dulu. Di pinggir2 jalan kita akan lihat banyak challet dan lodge yang menawarkan harga yang murah kepada para pengunjung. Kalau nak menghirup udara yang sejuk ala-ala kat luar negara gitu bolehlah menginap kat kundasang. Memang sejuk ni. Suhunya mencecah 11 darjah celcius.(Brrr..sangat sejuk ni) Saya menyarankan kepada sesiapa yang berniat melancong kat ranau ni supaya membawa jaket dan stoking yang tebal kerana tempat ni sangat sejuk.hehehe. Kalau sapa-sapa yang kaki gambar tu,bolehlah mengambil gambar kat sini,memang cantik. Puas-puaslah buat pose tu.hehehe. Time saya pegi kat Ranau, banyak picture saya ambil kat sana.

Pemandangan Gunung Kinabalu
Selain kaki gunung Kinabalu yang kita nampak, kat ranau ni ada tempat yg menarik perhatian pengunjung juga seperti Poring. Sebut jak nama Poring orang pasti kenal sebab tempat ni tumpuan org ramai terutama pada hujung minggu. Selain pegunjung tempatan, para pelancong dari pelusuk dunia pun akan mengunjungi poring.

Kalau nak tau nama Poring adalah dari sebatang pokok  bambu. Mungkin kot banyak bambu kat sana,tulah orang kat sana gelarkan Poring. Hahaha..ni dengar-dengar orang sana cakaplah, tapi tak sure lagi.

Ladang Teh Sabah
Mari kita selami lg daerah Ranau ni. Selain Poring, ada lagi tempat menarik seperti ladang teh Sabah. Ladang teh sangat luas. Teh-teh kat sini sangat segar. Dimasa-masa akan datang mungkin banyak lagi tempat-tempat menarik kat ranau ni.( tapi kena tunggu yer.hehe..)

Opss lupa plak, kalau sesiapa yang berminat nak naik gunung Kinabalu ,bolelah try yer. View kat atas gunung ni memang cantik tau. Rugi kalau tak naik.hehe. Oh ya, latest rate sekarang Untuk warga Sabahan RM380++, warga Semenanjung dan Sarawak RM800++, pelancong asing RM1 K ++. So, mari kita naik. Hehe..

Di Pintu Kundasang
War Memorial
Kalau dah sampai kat Ranau, ni jangan lupa pula beli ole-ole sebagai kenangan. Harga pun murah dan barangan pun cantik dan banyak pilihan lagi. Ok lah, sampai disini saja cerita saya. Di lain masa saya akan menceritakan pula tentang tempat yang lain pula yer. Ikuti selanjutnya cerita saya. Bye-bye. See you all. Semoga happy baca blog saya.hehe..

Pasar Tamu Minggu Putatan.Jom Shopping Dapur...

Barisan ni jual sayur jer...
Kebiasaannya pada hujung minggu, aktiviti-aktiviti orang kat area putatan ni adalah menderma sambil beramal di Pasar minggu Putatan. hehe(gurau jer).. Pasar minggu Putatan ni terletak lebih kurang 10km dari Kota Kinabalu. Tak jauh sangat dalam 15 minit dah sampai.

Pasar minggu Putatan ni memang sangat popular dikalangan warga Sabah. Tapi harus diingat yer, kalau nak ke sini, datang pada hujung minggu, weekday tak banyak gerai buka. Business hour pasar ni bermula pada petang jumaat hingga ahad. Tapi ingat kalau pegi hari ahad kena datang sebelum 12tengahari sebab dah close masa tu.


Pelbagai jualan kuih-muih
 Disyorkan anda semua bangun awal pagi, hidupkan kereta( vrooom..2x ) dan jam masih lagi pukul 6 pagi. Ini kerana tahap popular pasar ni sangat tinggi. Sekiranya sampai pukul 9 pagi, alamatnya kenalah traffic jam kat sini. Parking pun susah nak cari. Bukan sebab parking tak banyak tapi memang crowd orang datang ke sini.

 Di pasar minggu Putatan, terkenal dengan pelbagai jualan samada sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih, baju terpakai (bundle), ayam segar (hidup & mati) dan banyak lagi. Memang cepat ler menghulurkan duit kat penjual kat sana(hehe). Terlalu banyak barang, sampai semua pun nak beli..

Kuih Tradisional Sabah
Satu perkara harus diingat, kalau pergi ke pasar minggu Putatan, bawalah teman yer. Bukan sebab ada penyeluk saku, tapi jadi tukang angkat barang. hehe Banyak sangat belikan. Sampai penat lelah teman kita ke sana ke mari bawa barang.  Jangan lupa belikan teman kita apa yang dia nak. Kalau tak lain kali macam-macam alasan yang diberikan bila diajak ke pasar ni lagi yer. (macam biasa jer.heheh) 

Tengah tunggu order Nasi Lemak
Satu fakta menarik tentang pasar minggu Putatan ni, anda akan sering kali terserempak samada kawan sepejabat, kawan lama, kawan sekampung dan kawan sebandar. hehe.. Tengok tu, dunia ni kecil bah.. Jumpa jugak di sini.

Kalau ada kesempatan, datanglah ke pasar minggu Putatan untuk merasai suasana  shopping dan melihat kepelbagaian barangan Sabah kat sana yer...
  
Pengunjung tengah tunggu order.

Ramainya orang datang





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...