Thursday, April 7, 2011

Ada Apa Di Taman Pertanian Tenom?

Bagi yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tenom, adalah satu kemestian untuk melawat Taman Pertanian Sabah. Taman in merupakan salah satu tempat kunjungan orang awam. Dengan keluasan melebihi 500 ekar, taman ini menawarkan pelbagai kawasan menarik untuk dilihat.

Sekiranya dari Kota Kinabalu, perjalanan memakan masa 3 jam dengan memilih samada melalui jalan Tambunan, Kimanis ataupun Sipitang. Jarak perjalanan lebih kurang 250km. Untuk makluman, Taman Pertanian Tenom ini hanya dibuka pada hari selasa hingga ahad kecuali Isnin. Bermula seawal 9.00 pagi hingga 4.30 petang, tiket boleh dibeli di kaunter yang terdapat disini.

Naik Basikal Mountain Bike
Kadar harga adalah tidak sama. Bagi yang mempunyai MYKad, dewasa adalah RM10 seorang. Kalau pengunjung luar Malaysia, bayaran RM25. Dengan keluasan beratus ekar, saya syorkan untuk menyewa basikal yang boleh disewa pada kadar RM3.00 sejam. Senang untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Sekiranya nak berjalan kaki pun boleh, tapi bersedialah untuk perjalanan yang jauh yer.

Kawasan di dalam Taman Pertanian dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah:

Dinosaur Jinak.hehe
 1. Taman Evolusi Dan Pengubahsuaian Tanaman
Dalam kawasan ini, ada lebih kurang 400 spesis tanaman. Memang pening ler nak mengingat semua jenis tanaman kat dalam kawasan ni. Ada juga tanaman yang biasa dilihat samada dikawasan rumah ataupun tepi jalan raya. hehe. Paling menarik dalam kawasan ni, ada patung dinosaur yang diperbuat daripada simen. Sesuai jugak untuk mengambil gambar buat kenangan.


Dikelilingi lanskap bunga
yang menarik dan cantik
 2. Taman Model
Sesuai dengan nama taman ni, setiap ruang yang ada disusun dengan pelbagai bunga-bungaan yang menarik dan cantik. Ianya membuatkan sesiapa yang datang untuk mengimpikan menyediakan lanskap dihalaman rumah seperti yang ada disini. hehe. Terdapat juga tanaman sayuran dan buah-buahan yang ditanam.

Bagi yang cuba untuk memetik buah-buahan untuk dimakan, baik lupakan saja. Bukan kerana CCTV ataupun ada kakitangan taman yang mengawal kawasan disini. Ianya hanyalah disebabkan papan tanda yang menyatakan "Tanaman Telah Disembur Dengan Racun Serangga/Perosak".

Sejauh mana kesahihan papan tanda itu, susah untuk dibuktikan. Yang pasti, saya tak nak mengambil risiko untuk curi-curi makan buah-buahan yang ada disini. (Sia-sia bermalam dihospital nanti. hehe)


Baca Papan Tanda tu yer
 3. Pusat Orkid
Dalam kawasan ni, semuanya adalah tanaman orkid. Memang tak nampak tanaman lain. Bagi penggemar bunga orkid, bolehlah melihat pelbagai jenis orkid yang ada. Untuk peringatan, ada dua papan tanda yang dinyatakan iaitu "Dilarang Memetik Tanaman" dan "Awas: Laluan Licin". Rasanya memang jelas dan padat apa yang di nak sampaikan tu yer. Jangan pula nak berlari-lari dalam kawasan ni dan simpan orkid dalam poket. Konon-konon nak simpan buat kenangan.

Dalam Taman Orkid Kacukan
4. Taman Orkid Kacukan
Memang sangat mengujakan apabila berada dikawasan ni. Memang kesemuanya adalah Orkid. Tetapi yang sangat menarik apabila melihat pelbagai jenis dan warna orkid. Ada yang berwarna biru, kuning, merah, oren, putih dan pelbagai lagi. Memang susah nak lihat orkid ini dimana-mana. Ada juga terniat nak ambil satu untuk cuba tanam kat rumah. Tetapi memandangkan papan tanda seperti diatas (berwarna merah tu) juga diletakkan disini, jadi simpan jakla niat tu. Nanti tak pasal-pasal kena bomoh dengan kakitangan taman sini.(haha.gurau jak)

5. Tasik
Tasik yang terdapat disini juga menarik. Sangat luas dan mempesonakan. Ada pondok disediakan ditepi tasik untuk berehat. Salah satu yang saya amat puji adalah kebersihan keseluruhan tasik dan taman yang ada disini. kebersihan ini amat dititik beratkan oleh pihak pengurusan taman. Memang susah untuk jumpa sampah. Boleh dapat anugerah "Taman Bebas Sampah" ni.hehe

Tapak Tanaman Sayuran
6. Tapak Tanaman Sayur-Sayuran
Bagi yang tidak tidak pernah menanam sayur, inilah peluang untuk melihat secara dekat bagaimana sayuran tumbuh. Jika sebelum ni asyik beli sayur jer kat pasar tanpa mempedulikan bagaimana ianya tumbuh, inilah peluang untuk tahu bagaimana ianya tumbuh. Ada tanaman sayur kailan, sawi, lobak, kacang buncis, kacang panjang dan macam-macam lagi.


7. Chalet
Taman Pertanian juga turut menyediakan kemudahan penginapan bagi sesiapa yang ingin tinggal di sini. Chalet-chalet yang disediakan menghadap tasik. Harga boleh rujuk pada laman web Taman Pertanian.

Banyak lagi kawasan yang ada di Taman Pertanian ini. Apa yang dicatatkan di sini cuma sebahagian sahaja. Untuk mengetahui lebih banyak kawasan yang terdapat disini, silalah lawati Taman Pertanian Tenom yer. Pengalaman merasai sendiri adalah berbeza dengan melihat gambar.

6 comments:

  1. Kak, dia buka ari selasa, rabu sama kamis jak ka.? Isnin, jumaat, sabtu n ahad nda buka.?

    ReplyDelete
  2. Buka dari Selasa hingga Ahad ( termasuk cuti am/sekolah.

    Hari isnin jak tutup.

    ReplyDelete
  3. catatan yang sangat baik dan bermaklumat...tahniah

    ReplyDelete
  4. bagus ..... tapi cnie da solan cket Taman Pertanian Tenom ni Lagud seberang khe???

    ReplyDelete
  5. ada jual bibit benis buah kah?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...