|
Depan pintu
Kundasang War Memorial |
Bagi pengunjung yang datang ke Kundasang, pasti kunjungan tidak akan sempurna sekiranya tidak melawat Kundasang War Memorial yang terletak di sebelah Pekan Kundasang. Memorial ni didirikan untuk memperingati kematian orang Australia dan British semasa perang dunia ke-2. Ianya siap dibina dan dibuka untuk orang awam pada tahun 1962. Kira dah lama jugak memorial ni.
Tiket untuk masuk tempat ni berbeza sedikit. Bagi pemegang Mykad RM2 seorang dan pengunjung luar RM10 seorang. Bila berada didalam, macam masuk taman bunga pun ada jugak. Banyak sangat bunga ditanam. hehe.. Memorial ni dibahagikan kepada beberapa seksyen. Jadi, bila kita masuk setiap seksyen, landskapnya akan berbeza sedikit.
|
Pameran sejarah disediakan
untuk tatapan pengunjung |
Terdapat gambar mengenai sejarah semasa perang dunia ke-2 dipamerkan untuk tontonan pengunjung. Tapi bagi saya, tempat yang paling menarik adalah kolam yang dibina. Memang unik dan cantik. Banyak bendera Australia dan British juga dipasang pada tiang-tiang bendera.( Yelah nak mengingati pengorbanan dorang kan. Nasib baik bendera Jepun tiada. hahaha ).
Memorial ni banyak peraturan kita kena ikut. Rumput kat taman tak boleh pijak dan bunga-bunga yang ditanam tak boleh petik. Ada CCTV kena pasang dalam taman. huhuhu. Jadi boleh ambil gambar buat kenangan jer lah yer.
|
Di Tangga Ke Tugu Memorial |
|
Tugu memperingati tentera British yang terkorban |
|
Depan bendera luar negara. |
|
Kolam ikan yang dikelilingi banyak tiang |
No comments:
Post a Comment