Wednesday, June 29, 2011

Jejak Kasih Orang Utan Sepilok

Baru-baru ni, saya dan husband pergi ke Sandakan. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan lebih kurang 350km (6 jam perjalanan) menggunakan kereta sendiri. Macam nak patah pinggang duduk dalam kereta lama-lama.hehehe. Semasa di Sandakan, kami sempat pergi ke Pusat Perlindungan Orang Utan, Sepilok yang terletak 30km dari Bandaraya Sandakan.

Dihadapan papan Tanda Sepilok
Semasa berada di Sepilok ni, banyak peraturan kena ikut. Tak boleh main masuk jak. Semua pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa sebarang beg tak kira handbag atau bag galas ke kawasan orang utan tinggal. Lepas tu, makanan dan minuman jugak dilarang sama sekali untuk dibawa masuk. (Baru jak berniat nak bagi makan pisang kat orang utan tu. hehehe). Alasan yang diberikan oleh staf disebabkan banyak kes beg kena ragut oleh orang utan tu. (Orang utan pun boleh jadi peragut jugak. hehe) Kalau makanan tu plak ada kes orang utan tu sakit teruk kena bagi makanan yang pelik-pelik oleh pengunjung. Tu yang ke banned bagi makanan kat orang utan.  

Menuju ke pelantar
untuk melihat orang utan
Jadi sebelum dibenarkan masuk, ada pemeriksaan rapi dilakukan pada pintu masuk utama. Barang-barang semua kena simpan dilocker yang telah disediakan untuk pengunjung. Bayaran untuk meletak barang di locker adalah PERCUMA. (Nasib baik.hehehe).Tiket masuk untuk pemegang Mykad RM5 seorang dan kamera RM10 sebuah. Kalau rasa tak nak bayar kamera tu, sorok jak dalam poket. Bila dah lepas pemeriksaan pintu masuk tu, puas-puaslah ambil gambar yer..(Jangan sampai kantoi jak la k. Malu nanti.hahaha) 


Sesi makan orang utan bersama staf
Perkara paling penting masa pergi ke Sepilok ni adalah MASA. Sebab apa, orang utan ni hanya akan keluar pada masa makan. Kalau datang sebelum time makan, tengok pokok jak la yer. Orang utan tu hanya akan tunjuk muka masa makan jak (Macam ensem sangat orang utan ni tak nak jumpa orang. haha). Ada 2 sesi makan setiap hari iaitu 10.00 pagi dan 3.00 petang. Staf disana akan meletakkan makanan disatu pelantar yang berada tidak jauh dari pelantar pengunjung. Jadi bolehlah pengunjung untuk melihat secara dekat dan merakam aksi gelojoh makan orang utan ni. Kami pergi sebelah petang untuk lihat orang utan ni.

Lepas tengok orang utan tu makan, boleh melawat sekitar kawasan pusat ni. Ada tayangan video ditayangkan dan pameran mengenai sejarah orang utan. Kedai cenderamata juga dibuka untuk pengunjung membeli barangan sebagai cendera kenangan. Sebelum bertolak ke bandaraya Sandakan, kami sempat beli sikit cenderamata untuk jadi pameran kat rumah.
 
Jadual sesi makan orang utan

Di Pelantar untuk melihat orang utan makan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...