Monday, April 4, 2011

Tuntut Ilmu Jual Barang Online: Baik Tok Guru =)

Banyak artikel yang dibuat oleh para blogger lain mengenai kehebatan membuat pembelian secara online. Memang saya tidak nafikan bahawa pembelian secara online amat menjimatkan masa dan wang. Saya sendiri turut membuat pembelian secara online kerana kelebihan-kelebihan yang ada.

Bayangkan berapa banyak masa kita boleh jimat dengan tidak perlu menaiki kereta atau berjalan kaki menuju ke kedai semata-mata untuk mendapatkan barangan yang kita nak. Tak cukup dengan itu, kita juga telah selamatkan wang kita daripada mengisi petrol dan bayaran tempat meletak kereta. Nak lagi hebat, kita boleh beli barang pada pukul 2-3 pagi tanpa perlu mengejutkan penjual bangun daripada tidur.

Atas sebab-sebab ini, para blogger lain lupa bahawa pembelian secara online turut mempunyai kelemahannya sendiri. Ada beberapa aspek yang menyebabkan pembelian secara online adalah amat tidak sesuai dilakukan. 

1. Barangan Mempunyai Jangka Hayat Yang Pendek
Apabila ingin membuat pembelian barangan yang cepat rosak dan mempunyai tarikh luput yang pendek  seperti makanan, sudah semestinya ia diperlukan segera. Cuba bayangkan kita hendak membeli ayam dan sayur untuk dihidangkan makan malam keluarga, memang tidak sesuai membelinya secara online. Ini kerana penghantarannya mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk sampai. Memang kebulur orang dirumah menanti ayam dan sayur tu sampai kat rumah. Kalau sampai pun, mesti dah tidak segar. Kita pun tak beselera nak makan.


2. Harga Barang
Harga barangan turut memainkan perkara penting. Kadang-kala, ada barangan yang dipamerkan dilaman web lebih mahal atau sama dengan harga yang dijual dikedai. Memang tidak berbaloi membelinya secara online kerana ada caj kos penghantaran dikenakan. Tidak cukup dengan itu, ada kemungkinan barangan tersebut sudah digunakan terlebih dahulu oleh penjualnya. Contohnya barangan elektronik dan aksesori perhiasan wanita. Agak susah untuk mengetahui samada ianya barang baru ataupun sudah digunakan.

3. Jarak Destinasi
Sekiranya anda tinggal di apartment atau rumah yang bersebelahan dengan pusat membeli belah, adalah lebih baik untuk berjalan kaki ke pusat membeli-belah tersebut. Amat merugikan untuk membeli secara online hanya disebabkan jurang perbezaan harga dengan harga jualan di kedai biasa adalah sedikit. Faktor seperti barang sampai dalam keadaan tidak elok dan berbeza dengan apa yang dipamerkan dilaman web harus diambil kira. Kalau kita ke kedai, sudah semestinya kita dapat melihat dan mencubanya sendiri sebelum membeli.

Bagi para blogger yang berkeinginan untuk membina laman web untuk menjual produk masing-masing, sila-silalah ambil kira faktor diatas sebagai panduan dan peringatan. Sebagai permulaan, saya syorkan anda untuk membina laman web jualan di lot.my berikutan ianya percuma dan mudah digunakan. Sila layari di laman web ini. http://lot.my/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...