Salah satu aspek penting yang perlu dilakukan sebelum mendaki gunung Kinabalu adalah membuat senaman agar mempunyai stamina yang cukup. Maklumlah, gunung Kinabalu tu tinggi. Di Kota Kinabalu, ada banyak taman rekreasi yang boleh dikunjungi untuk melakukan senaman.
|
Map Taman Tun Fuad Stephen |
Bagi saya sendiri, saya memilih untuk melakukan senaman di Taman Tun Fuad Stephen yang terletak di Bukit Padang, Luyang. Tempat ni memang popular dikalangan penduduk Kota Kinabalu kerana mempunyai trek jogging sepanjang 2km dan laluan mendaki bukit yang agak tinggi.
Setiap hujung minggu, saya dan husband akan menaiki kereta menuju ke Taman Tun Fuad Stepehen kerana lokasinya agak jauh dari rumah. Lebih kurang 15km (15 minit perjalanan). Objektif utama kami MENDAKI BUKIT. Yelah, nak mendaki gunung Kinabalu, kenalah biasakan diri dulu dengan mendaki mana-mana bukit. Ada lebih kurang 1,000 anak tangga yang perlu dinaiki untuk sampai ke puncak bukit. Memang menguji stamina bukit ni.
|
Laluan Semak Samun |
Pertama kali naik, memang banyak sangat berhenti sebab terlalu penat. Maklum, rumah kami tidak bertangga. hehe. Ada banyak laluan mendaki bukit yang boleh dipilih. Ada laluan yang mempunyai tangga yang cerun dan luas dan ada laluan yang terpaksa dilalui dengan semak-samun disekeliling.
|
Laluan Anak Tangga |
Untuk sampai ke puncak bukit, ada dua peringkat yang perlu diketahui semua. Pada peringkat pertama pendakian, laluan yang dilalui itu akan sampai ke satu tempat yang luas dan lapang. Masa pendakian lebih kurang 5 hingga 10 minit. Kebiasaannya bagi yang pertama kali mendaki bukit, pasti akan ingat tempat itulah puncak bukit. Saya gelarkan tempat ni sebagai peringkat pertama sebab ianya bukan puncak bukit tetapi lebih kepada tempat rehat sebelum meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak bukit.
Setelah berehat sekejap di peringkat pertama, bolehlah meneruskan pendakian. Disyorkan untuk membawa air mineral secukupnya ketika membuat pendakian. Tiada kedai runcit diperingkat pertama tu yer. Peringkat kedua pendakian juga agak mencabar disebabkan laluan anak tangga yang agak cerun. Tengok anak tangga pun dah rasa nak putus asa nak sampai ke puncak. Dalam 5 ke 10 minit pendakian, baru akan sampai.
|
Anak Tangga menuju
ke puncak bukit |
Setibanya di puncak, memang perasaan tu sangat lega. Barulah tahu yang stamina dalam badan tu kuat ke tidak. Pemandangan di puncak bukit sangat menarik. Boleh nampak bandar Kota Kinabalu dari pandangan atas. Jadi boleh cuba bayangkan, kalau sampai di puncak Gunung Kinabalu tu boleh nampak apa pula yer.
Setakat ini, dalam dua bulan dah kami datang ke Taman Tun Fuad Stephen untuk tujuan persiapan fizikal. Setiap hujung minggu mesti akan datang ke sana. Memang nampak perbezaan ketika mula-mula mendaki dan perubahan setelah berulang-kali menawan puncak bukit Taman Tun Fuad Stephen. Daripada berhenti sampai 5-6 kali setiap kali pendakian, kini hanya perlu sekali jer berhenti untuk berehat sekejap. Itupun saja-saja nak berehat. hehe.
Gunung Kinabalu, Nantikan kedatangan kami yer.
|
Kawasan Puncak Bukit
|
|
Pemandangan Kota Kinabalu Dari Puncak Bukit |
No comments:
Post a Comment