Kat Keningau banyak hotel kita boleh cari. Bagi yang banyak duit tu, boleh lah pilih untuk stay kat Hotel Juta atau Hotel Perkasa. Range harga RM150 ke atas. Bagi yang banyak duit, tapi tak nak bagi kaya hotel mcm saya..( cover le tu.hehehe) boleh la pilih bajet hotel. Banyak pilihan bajet hotel kat sini Seperti Grand Hotel, Royal Hotel, Central Hotel, Queen Hotel dan banyak lagi. Range harga dari RM48 hingga RM70. Tapi, bagus booking awal sebab bajet hotel kat Keningau selalu full. Ada tanya kat receptionist kenapa selalu full. dia bagitau, banyak orang bisnes selalu datang sini. Uikss. Statement bahaya tu. Banyak peluang bisnes kat Keningau kot owh..
Saya recommend tinggal kat Royal Hotel dan Queen Hotel. Kat hotel ni servis baik, clean lagi dan paling penting WIFI sentiasa ada and its FREEEE... Sapa kat kat dunia ni tiada benda free hah..
Selalunya kat Keningau ni, terkenal dengan bakso dia (mungkin la kot) sebab banyak gerai bakso jual kat pasar Keningau. Tapi kena tunggu petang la k untuk rasa bakso tu. Siang tak buka. Harga dalam RM3 semangkuk. Murah dan banyak bahan yang diletak dalam makanan. Kicap pun dia tak tambah air. Tak macam sesetengah restoran, bila tuang kicap dalam sup, macam air jak meleleh. Nampak sangat jimat kos. Ingat customer tak tau ker.Hmmm..
Tapi, tak banyak benda boleh buat kat Keningau. Tak banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati. Kita just boleh tengok lot-lot kedai and kereta 4WD yang telah diubahsuai lalu kat sini. Maybe, YB dia boleh do something untuk attract tourist lawat keningau. So far, Keningau tempat yang sesuai kalau kita nak jadikan tempat persinggahan untuk tidor atau makan sekejap sebelum pergi ke Tenom atau Tawau.
Ikut jalan Sook k kalau nak ke Tawau. Tu jalan shorcut kalau tak nak ikut melalui Ranau ke Tawau.
Bagi yang nak bercuti ke Keningau, rasanya tak banyak tempat yang boleh anda posing ambil gambar yer..hehe
Ok lah. Nanti cerita lagi tempat lain k.. Cuti-Cuti Sabah..
Buli Bah Kalau Kau..
wah keningau.. agreed. theres nothing di keningau.. nak jungle tracking leh la kat banjaran crocker.
ReplyDelete