Komtar kat belakang.hehe |
Kami check-in di Tune Hotel Jalan Burmah. Harga dalam RM90++. Ok ler tu kan. Lepas check-out pagi, kami packing barang. Ala-ala jadi macam orang putih bawa beg kesana kemari.hehe... Backpackers la tu kan. Dari Tune Hotel ke KOMTAR lebih kurang 5 minit jalan kaki. Memang senang nak cari KOMTAR ni sebab tulah bangunan paling tinggi kat Pulau Pinang ni (mungkin la kot.)
Mula-mula tengok map bandar George Town ni memang pening. Maklum lah biasa main redah jak kalau jalan-jalan. Nasib baik la orang kat Pulau Pinang ni baik-baik belaka. Kami dapat info yang bagus naik bas yang tulis CAT (Central Area Transit). Nak tau kenapa. Its FREEEE...hehe. Memang tabik spring la ngan Ketua Menteri sini. Beginilah cara nak attract tourist macam kami kan.. Bila lah Sabah pun nak jadikan Pulau Pinang sebagai contoh???. Sila jawab yer CM Sabah..
So, lepas sarapan, kami pergi stesen bas. tunggu bas CAT. Tak sampai 5 minit tunggu bas ni dah sampai. Apalagi, jom naik.. Sempat bagitau kat driver tu berhenti kat Padang Kota Lama..hehe takut terlajak berhenti kat tempat lain plak. Untuk pengetahuan, bas CAT ni round kat George Town jer.. So, memang tak sesat ler kalau naik bas ni. Stesen terakhir berhenti kat Jeti untuk pergi ke seberang (Butterworth.)
Tugu Sir Francis Light |
Nanti sambung lagi ahh.hehehe.
No comments:
Post a Comment