Monday, February 28, 2011

Keningau, tunggu tapak kaki ku.

Kali ni nak cerita pasal percutian di Keningau Sabah. So, kalau nak tahu, perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau ni lebih kurang 150km. Kalau bawa kereta lebih kurang 2 jam baru sampai. Ada 3 laluan nak ke Keningau. Boleh ikut melalui Tambunan (jalan macam ular senduk ), Kimanis ( naik bukit, turun bukit) atau Sipitang ( Asyik jumpa lori balak jak.. Seram bila bertembung..jeng3x ).

Kat Keningau banyak hotel kita boleh cari. Bagi yang banyak duit tu, boleh lah pilih untuk stay kat Hotel Juta atau Hotel Perkasa. Range harga RM150 ke atas. Bagi yang banyak duit, tapi tak nak bagi kaya hotel mcm saya..( cover le tu.hehehe) boleh la pilih bajet hotel. Banyak pilihan bajet hotel kat sini Seperti Grand Hotel, Royal Hotel, Central Hotel, Queen Hotel dan banyak lagi. Range harga dari RM48 hingga RM70. Tapi, bagus booking awal sebab bajet hotel kat Keningau selalu full. Ada tanya kat receptionist kenapa selalu full. dia bagitau, banyak orang bisnes selalu datang sini. Uikss. Statement bahaya tu. Banyak peluang bisnes kat Keningau kot owh..

Saya recommend tinggal kat Royal Hotel dan Queen Hotel. Kat hotel ni servis baik, clean lagi dan paling penting WIFI sentiasa ada and its FREEEE... Sapa kat kat dunia ni tiada benda free hah..

Selalunya kat Keningau ni, terkenal dengan bakso dia (mungkin la kot) sebab banyak gerai bakso jual kat pasar Keningau. Tapi kena tunggu petang la k untuk rasa bakso tu. Siang tak buka. Harga dalam RM3 semangkuk. Murah dan banyak bahan yang diletak dalam makanan. Kicap pun dia tak tambah air. Tak macam sesetengah restoran, bila tuang kicap dalam sup, macam air jak meleleh. Nampak sangat jimat kos. Ingat customer tak tau ker.Hmmm..

Tapi, tak banyak benda boleh buat kat Keningau. Tak banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati. Kita just boleh tengok lot-lot kedai and kereta 4WD yang telah diubahsuai lalu kat sini. Maybe, YB dia boleh do something untuk attract tourist lawat keningau. So far, Keningau tempat yang sesuai kalau kita nak jadikan tempat persinggahan untuk tidor atau makan sekejap sebelum pergi ke Tenom atau Tawau.
Ikut jalan Sook k kalau nak ke Tawau. Tu jalan shorcut kalau tak nak ikut melalui Ranau ke Tawau.

Bagi yang nak bercuti ke Keningau, rasanya tak banyak tempat yang boleh anda posing ambil gambar yer..hehe

Ok lah. Nanti cerita lagi tempat lain k.. Cuti-Cuti Sabah..

Buli Bah Kalau Kau..

Tuesday, February 15, 2011

Dari Sabah Ke Pulau Pinang

Pulau Mutiara, terkenal dengan bangunan sejarah. Hari ni 13 Februari 2011, saya ngan husband menjejak kaki di Pulau Pinang. Banyak tempat yang kami lawati dsini. Jom layan cerita saya. hehehe...


Komtar kat belakang.hehe
Kami check-in di Tune Hotel Jalan Burmah. Harga dalam RM90++. Ok ler tu kan. Lepas check-out pagi, kami packing barang. Ala-ala jadi macam orang putih bawa beg kesana kemari.hehe... Backpackers la tu kan. Dari Tune Hotel ke KOMTAR lebih kurang 5 minit jalan kaki. Memang senang nak cari KOMTAR ni sebab tulah bangunan paling tinggi kat Pulau Pinang ni (mungkin la kot.)


Mula-mula tengok map bandar George Town ni memang pening. Maklum lah biasa main redah jak kalau jalan-jalan. Nasib baik la orang kat Pulau Pinang ni baik-baik belaka. Kami dapat info yang bagus naik bas yang tulis CAT (Central Area Transit). Nak tau kenapa. Its FREEEE...hehe. Memang tabik spring la ngan Ketua Menteri sini. Beginilah cara nak attract tourist macam kami kan.. Bila lah Sabah pun nak jadikan Pulau Pinang sebagai contoh???. Sila jawab yer CM Sabah..


So, lepas sarapan, kami pergi stesen bas. tunggu bas CAT. Tak sampai 5 minit tunggu bas ni dah sampai. Apalagi, jom naik.. Sempat bagitau kat driver tu berhenti kat Padang Kota Lama..hehe takut terlajak berhenti kat tempat lain plak. Untuk pengetahuan, bas CAT ni round kat George Town jer.. So, memang tak sesat ler kalau naik bas ni. Stesen terakhir berhenti kat Jeti untuk pergi ke seberang (Butterworth.)


Tugu Sir Francis Light
Padang Kota Lama adalah destinasi pertama kami. Kat sinilah terletaknya Fort Cornwallis. Kalau nak tahu, itulah tempat kubu pertahanan Sir Francis Light. Baca sejarah Malaysia kalau tak tahu pasal tempat ni haa.. Memang best kat sini. Fort Cornwallis betul-betul kat tepi laut. Meriam-meriam yang dipamerkan pun antik dan besar. Boleh disentuh dan dicium kalau nak. hehe.. Tapi, sayang la tiada cenderamata ala-ala Fort Cornwallis. Cuma, tiket masuk jer la jadi kenangan kat sini.

Nanti sambung lagi ahh.hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...